Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
Pembekal akan lebih mudah dihubungi oleh pembeli Kerajaan pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja.
ePerolehan membolehkan peralihan pembekal kepada ePerniagaan, menyediakan ruang kemasukan untuk keupayaan ePerniagaan.
Pembekal akan berpeluang untuk mengambil dan menerima konsep ePerniagaan dengan lebih cepat dengan penggunaan ePerolehan.
Pengiklanan barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan pantas dan akhirnya mencapai jumlah pembeli yang lebih luas.
Menerusi Internet, para pembekal pastinya akan dapat melaksanakan pengiklanan tanpa sempadan pada tahap harga yang paling rendah.
Proses-proses menjadi mudah dan kerja manual yang sedikit dapat mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi. Melalui ePerolehan, hampir semua operasi perniagaan akan diautomasikan bukan hanya menjadikan kos operasi paling rendah, tetapi juga pusingan masa yang lebih pantas kepada pembeli.
Pembekal akan menerima bayaran yang cepat melalui bayaran secara elektronik/MEPS. Disokong oleh jaringan infrastruktur yang sangat terjamin, para pembekal mampu menerima bayaran barangan dan perkhidmatan dalam jangka masa yang lebih pendek.
Memperbaiki perancangan dan ramalan perniagaan sewajarnya dengan proses perolehan yang lebih efisien dan terancang. ePerolehan mengautomasikan proses perniagaan di samping meningkatkan kecekapan kerja, para pembekal juga boleh menjangka proses perolehan dengan lebih tepat.