Isnin, 23 Februari 2009 | |||||||||
|
|
||||||||
|
Secara Am
Latar Belakang MSCKoridor Raya Multimedia (MSC) adalah satu inisiatif bertaraf antarabangsa dan yang pertama seumpamanya di dunia, untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menguji teknologi terkini dan menyiapkan diri mereka dalam menghadapi masa depan.MSC juga akan mempercepatkan kemasukan Malaysia ke era maklumat, dan seterusnya membantu menjayakan Wawasan 2020. MSC buat pertama kalinya, mewujudkan sebuah persekitaran bersepadu dengan semua elemen dan unsur unik yang diperlukan untuk mencipta iklim multimedia global yang sempurna. Untuk memulakan pembangunan MSC dan mencorakkan persekitarannya, tujuh bidang utama untuk aplikasi multimedia telah dikenalpasti. Aplikasi Perdana Tujuh aplikasi perdana MSC ialah Kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagaiguna, Sekolah Pintar, Telekesihatan, Kumpulan R&D;, e-Perniagaan dan Pembangunan Usahawan Teknologi.
|
|
© Hakcipta Kerajaan Malaysia.
Diselenggarakan oleh Commerce Dot Com Sdn Bhd. Penafian Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer v6.0 ke atas. Dinasihati menggunakan resolusi paparan 800 x 600 ke atas dengan warna 16-bit. |