Ahad, 17 Mei 2009 | |||||||||
|
|
||||||||
|
Secara Am
Kerajaan Elektronik Kerajaan Malaysia melancarkan Kerajaan Elektronik sebagai salah satu daripada Aplikasi Perdana MSC dengan aspirasi untuk menggunakan teknologi multimedia dalam membentuk semula cara kerajaan beroperasi. Kerajaan Elektronik akan memperbaiki operasi dalaman kerajaan dan juga perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat Malaysia. Ia bertujuan untuk meningkatkan keselesaan, pencapaian dan kualiti dalam interaksi bersama orang ramai dan juga syarikat perniagaan; secara langsung ia akan memperbaiki aliran maklumat dan proses-proses di dalam kerajaan untuk meningkatkan kepantasan dan kualiti pembangunan, penyelarasan dan penguatkuasaan polisi. Menyedari potensi ekonomi digital sedunia, Kerajaan Malaysia telah melancarkan satu aplikasi perolehan elektronik menerusi aplikasi perdana Kerajaan Elektronik MSC.
|
|
© Hakcipta Kerajaan Malaysia.
Diselenggarakan oleh Commerce Dot Com Sdn Bhd. Penafian Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer v6.0 ke atas. Dinasihati menggunakan resolusi paparan 800 x 600 ke atas dengan warna 16-bit. |