Selasa, 16 Mei 2006 | ||||||||
|
|
|||||||
|
Nota Keluaran
ePerolehan 2.2 (2 Mei 2001)Kandungan1. Isu-isu yang dikenalpasti1.1 Permohonan taraf Bumiputera adalah secara manual dan permohonan secara atas talian dibolehkan kepada Pembekal yang telah mempunyai kad pintar.1.2 Pada masa kini semua permohonan pendaftaran baru/pendaftaran semula dan tambah bidang bagi Perunding dengan Kementerian Kewangan dibuat secara manual. Perunding perlu mengisi borang dan mengemukakannya kepada Kementerian Kewangan secara manual. 1.3 Pembekal yang mendapat perkhidmatan Syarikat Pemfaktoran akan mengemukakan permohonan kepada agensi secara manual. 2. Peningkatan2.1 Ciri-Ciri: PERMOHONAN TARAF BUMIPUTERA SECARA ATAS TALIANFaedah: Pembekal yang ingin memohon taraf Bumiputera boleh melakukannya secara atas talian tanpa menggunakan kad pintar. Ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan id log masuk dan katalaluan yang dicipta sendiri oleh pembekal. 2.2 Ciri-Ciri: FUNGSI "SUNTING" BAGI PERMOHONAN TARAF BUMIPUTERA Faedah: Fungsi "Sunting" kini tersedia untuk semua pengguna. Pegawai Pemproses juga dapat menggunakan fungsi "Sunting" ini untuk membuat apa-apa pindaan/kemaskini ke atas mana-mana maklumat pembekal sekiranya diperlukan. 3. Apa yang terkini3.1 Modul Perunding3.1.1 Ciri-Ciri : PERMOHONAN PENDAFTARAN PERUNDING DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN Faedah: Perunding kini dapat membuat permohonan baru, pembaharuan, permohonan semula, dan permohonan Tambah Bidang dengan Kementerian Kewangan secara atas talian. 3.1.2 Ciri-ciri: KEMASKINI PROFAIL BAGI PERUNDING YANG TELAH BERDAFTAR Faedah: Fungsi "Kemaskini Profail" ini akan membolehkan Perunding untuk mengisi semua maklumat di bawah profail masing-masing di dalam sistem ePerolehan. Ciri-ciri baru ini, bagaimanapun, tidak disediakan bagi Perunding yang mana pendaftarannya akan tamat dalam tempoh masa 3 bulan.
3.2. Modul PemfaktoranIni merupakan Modul baru yang diperkenalkan di dalam sistem ePerolehan untuk membantu pembekal-pembekal yang memerlukan kemudahan pemfaktoran. 3.2.1 Ciri-Ciri: PENGEMASKINIAN "PROFAIL SYARIKAT PEMFAKTORAN" Faedah: Pentadbir Tapak (ePerolehan Site Administrator) kini boleh menambah/mengemaskini/menghapus rekod Syarikat Pemfaktoran. 3.2.2 Ciri-Ciri: PENGEMASKINIAN "PROFAIL PENGGUNA SYARIKAT PEMFAKTORAN Faedah: Fungsi ini membolehkan Pentadbir di Syarikat Pemfaktoran menambah/mengemaskini/menghapus semua pengguna. Penambahan pengguna-pengguna baru akan membolehkan 'flat-file' baru dicipta, yang diperlukan bagi pengeluaran Kad Pintar untuk pengguna tersebut. 3.2.3 Ciri-Ciri: PERMOHONAN BAGI KEMUDAHAN PEMFAKTORAN Faedah:
Faedah: Apabila pembekal mencipta dan menyerahkan inbois untuk kontrak-kontrak yang telahpun difaktorkan, inbois pembayaran pada mulanya akan dihantar kepada Syarikat Pemfaktoran. Setelah menerima inbois ini, Syarikat Pemfaktoran pula akan menyerahkannya kepada Kerajaan untuk mendapatkan pembayaran.
|
© 2000-2005 Commerce Dot Com Sdn Bhd.
Semua hakcipta terpelihara. Syarat-syarat Perkhidmatan
|