Selasa, 11 Mei 2004
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Pengumuman

15 April 2002

Tarikh Pelaksanaan Modul Tender ePerolehan Ditangguhkan

Kami ingin memaklumkan bahawa tarikh pelaksanaan Modul Tender yang sepatutnya dilancarkan pada 29hb Mac 2002 yang lalu telah ditangguhkan sehingga ke satu tarikh baru yang akan diumumkan kelak. Penangguhan ini adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Pengumuman mengenai tarikh baru Modul Tender ePerolehan akan dibuat menerusi laman web ePerolehan dan di dalam suratkhabar-suratkhabar tempatan.

Bagi pembekal Kerajaan yang telah memesan kad pintar berserta sijil Digital, mereka akan terus menerimanya. Bagi mereka yang belum sempat menguruskan pesanan kad pintar dan sijil Digital, mereka diminta berbuat demikian bagi mengelakkan kelewatan dan kesulitan yang akan dihadapi jika urusan ini ditangguhkan ke saat-saat akhir.

Bagi pembekal Kerajaan yang telah mendaftar dan telahpun membuat bayaran untuk menghadiri kursus Modul Sebutharga dan Tender, pihak kami akan memaklumkan secara bertulis mengenai tarikh baru, masa dan tempat kursus yang bakal diadakan.

Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara-perkara di atas, sila hubungi pihak kami di unit Khidmat Bantuan di talian (03) 8312 2525 atau emel bantuan@eperolehan.com.my.

Sekian. Harap maklum dan terima kasih.

Pihak Pengurusan
Commerce Dot Com Sdn Bhd.

 
 Arkib