19 April 2002
eP Shoppe dan Pusat-pusat Perkhidmatan eP kini disediakan untuk Pembekal-Pembekal Kerajaan
Dalam usaha kami yang berterusan untuk memperbaiki mutu khidmat pelanggan kepada anda, kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami di ePerolehan telah menyediakan pusat perkhidmatan ePerolehan, atau lebih dikenali sebagai eP Shoppe, dan beberapa Pusat Perkhidmatan eP untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Pembekal-pembekal kerajaan kini dapat memohon dan menjalankan aktiviti-aktiviti ePerolehan yang berkaitan seperti pendaftaran, pertanyaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain di eP Shoppe kami. eP Shoppe kami yang khusus dan lengkap terletak di Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan, Jalan Duta.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada sambungan “eP Shoppe” di menu web untuk melihat senarai Pusat-pusat Perkhidmatan eP kami di Lembah Kelang.
|