04 Oktober 2002
Ciri Baru: Mesej "Pemberitahuan" Pantas
ePerolehan kini memperkenalkan satu ciri terbaru “Pemberitahuan” bagi semua pengguna ePerolehan. Fungsi ini akan memaklumkan pembekal secara serta-merta melalui faks, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau e-mel apabila pembekal menerima Pertanyaan Permintaan, Pesanan Kerajaan atau Nota Penerimaan Barangan daripada agensi Kerajaan dalam sistem ePerolehan kelak.
Ini adalah satu lagi perkhidmatan tambah-nilai yang disediakan oleh pihak ePerolehan untuk pembekal-pembekal Kerajaan yang menggunakan sistem ePerolehan. Sila log masuk kepada Skrin Pentadbir Pembekal bagi mengaktifkan fungsi ini dan seterusnya, menikmati perkhidmatan percuma ini daripada ePerolehan.
|