14hb April 2003
Pelaksanaan Aplikasi Tender & Sebutharga
Modul-modul Aplikasi Tender dan Sebutharga telah pun tamat dibangunkan dengan jayanya pada penghujung tahun 2002.
Kini modul-modul tender dan sebutharga tersebut menjalani ujian sistem, dan ujian-ujian yang dijalankan ini adalah
lebih menyeluruh dan merangkumi segala aspek. Kedua-dua modul ini akan dilaksanakan pada 5hb Mei 2003. Pembekal-pembekal
yang ingin menyertai Sebutharga dan Tender Kerajaan dinasihatkan untuk menyediakan infrastruktur yang sesuai di syarikat
anda dan menyertai kursus Sebutharga dan Tender bagi menjalankan urusniaga Sebutharga dan Tender dengan Kerajaan secara
atas talian menggunakan sistem ePerolehan.
Untuk meyertai latihan Sebutharga dan Tender, sila muat turun Borang Kursus atau sila
hubungi nombor Khidmat Pelanggan di 03 8312-2525
|