27 Mei 2003
Modul Sebut Harga dan Tender ePerolehan dilancarkan pada 27 Mei, 2003!
Modul Sebut Harga dan Tender ePerolehan telah dilancarkan dengan jayanya pada 27 Mei, 2003!
Pelancaran modul-modul ini adalah terhad kepada 14 PTJ (Pusat Tanggungjawab) yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan yang di antaranya terdiri daripada Kementerian Kewangan Malaysia, MAMPU dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan seluruh negara bagi Sebutharga dan Tender kepada 4000 PTJ dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun ini.
Pembekal-pembekal dinasihatkan agar bersedia lebih awal untuk mengelakkan daripada terlepas peluang menyertai Sebutharga dan Tender yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan. Sila rujuk bahagian Pembolehan ePerolehan untuk maklumat lanjut.
|