7 Ogos 2003
Peraturan baru permohonan tambah bidang
Setiap permohonan tambah bidang hendaklah mematuhi syarat-syarat yang berikut:
- Permohonan Baru/Pendaftaran Semula(Pendaftaran Asal)
- Syarikat dibenarkan mendaftar maksima sepuluh(10) bidang sahaja dengan bayaran pendaftaran yang sama iaitu RM310.00.
- Tambah Bidang
- Bagi setiap penambahan bidang, bayaran akan dikenakan sebanyak RM50.00 untuk setiap bidang.
- Permohonan tambah bidang ke atas pendaftaran asal yang kurang daripada sepuluh(10) bidang tidak akan dikenakan sebarang bayaran sehingga bilangan bidang melebihi 10.
- Permohonan tambah bidang hanya boleh dibuat apabila katalog produk/perkhidmatan yang berkaitan dengan bidang yang ingin dipohon telah dimuat naik ke dalam sistem ePerolehan.
- Pembaharuan
- Bagi sepuluh(10) bidang pertama bayaran pendaftaran masih dikekalkan sebanyak RM310.00.
- Bagi setiap bidang asal (yang melebihi daripada 10), bayaran akan dikenakan sebanyak RM50.00 bagi setiap tambahan bidang.
- Bagi setiap pembaharuan, pembekal dikehendaki memuat naik katalog produk/perkhidmatan mengikut setiap bidang yang dipohon terlebih dahulu ke dalam sistem ePerolehan.
Para pembekal dinasihatkan mematuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan untuk mengelakkan kesulitan di atas permohonan tambah bidang tuan-tuan dan puan-puan.
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan tambah bidang, sila klik di sini dan untuk melihat surat daripada Kementerian Kewangan mengenai perkara ini, sila klik di sini.
|