27 Oktober 2003
Hari Pelanggan ePerolehan dan eSPKB 27-31 Oktober 2003
Hari Pelanggan ePerolehan dan eSPKB 2003 telah berjaya dirasmikan oleh YAB Dato Seri Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Kewangan 1 pada 27hb Oktober 2003. Acara ini kini sedang berlangsung di Tingkat 1, Blok Tengah, Kompleks Kementerian Kewangan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya dari 27-31 Oktober 2003.
Hari Pelanggan ePerolehan dan eSPKB ini diadakan bertujuan memberi maklumat yang bermanfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan sistem ePerolehan, termasuklah pegawai-pegawai kerajaan, Pusat-pusat Tanggung Jawab di seluruh negara dan para pembekal yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan sebagai pembekal kerajaan melalui ePerolehan.
Acara ini akan dilengkapkan dengan pelbagai program menarik dan berinformasi seperti:
- Seminar 'ePerolehan dan Anda'
27 Oktober 2003 (Isnin), 2:00ptg - 3:00ptg
28 Oktober 2003 (Selasa), 10:00pg - 11:00pg dan 3:00ptg - 4:00ptg
29 Oktober 2003 (Rabu), 10:00pg - 11:00pg dan 3:00ptg - 4:00ptg
30 Oktober 2003 (Khamis), 10:00pg - 11:00pg, 12:00tgh - 1:00ptg dan 3:00ptg - 4:00ptg
31 Oktober 2003 (Jumaat), 10:00pg - 11:00pg, 11:30pg - 12:30tgh dan 3:00ptg - 4:00ptg
- Transaksi atas talian oleh agensi Kerajaan secara "live"
- Persembahan demo ePerolehan
- Khidmat rundingan pembolehan peribadi percuma bagi pembekal-pembekal kerajaan
- Pendaftaran sebagai pembekal kerajaan
- Pembolehan serta merta bagi pembekal yang telah sedia berdaftar
- Acara cabutan bertuah
|