Selasa, 04 Mei 2004
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Pengumuman

27 Oktober 2003

Hari Pelanggan Eperolehan Diadakan 27 Oktober Di Putrajaya

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan dan Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) akan mengadakan Hari Pelanggan ePerolehan pada 27 Okt. ini di kementerian itu di Putrajaya.

Menurut pengarah eksekutif CDC, Datuk Azizan Ayub, antara aktiviti yang dirancang pada hari itu ialah perhimpunan 200 pembekal kerajaan untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membangunkan ePerolehan.

ePerolehan merupakan platform bagi membolehkan pembekal dan agensi kerajaan menyertai perdagangan secara elektronik manakala CDC ialah syarikat yang bertanggungjawab melaksanakan sistem itu.

Pelbagai program lain juga telah diatur pada hari tersebut untuk menjawab kemusykilan pelanggan mengenai ePerolehan, katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Bermula hari itu, seminar tiga hari mengenai ePerolehan juga akan diadakan untuk para pembekal kerajaan.

Sementara itu, untuk meningkatkan kesedaran tentang ePerolehan di kalangan pembekal kerajaan di seluruh semenanjung, pameran bergerak turut dibuat bulan depan.

Pameran bergerak itu bermula di Ipoh dan Seremban pada 3 dan 4 Nov., diikuti dengan Alor Star dan Ayer Keroh pada 6 dan 7 Nov., Pulau Pinang dan Johor Baharu pada 10 dan 11 Nov., Kangar dan Kuantan pada 13 dan 14 Nov, dan Kota Baharu dan Kuala Terengganu pada 17 dan 18 Nov.

 
 Arkib