Ahad, 18 April 2004
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Pengumuman

11 November 2003

Hari Pelanggan ePerolehan 2003 
Mendapat Sambutan Menggalakkan!!

Hari Pelanggan ePerolehan yang telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia di Kementerian Kewangan pada 27-31 Oktober 2003 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para syarikat yang berminat untuk membuat urusniaga dengan Kerajaan. 

Ini terbukti dengan jumlah kehadiran sebanyak 1,335 syarikat yang menghantar wakil-wakil mereka untuk mendapat penerangan lanjut mengenai ePerolehan serta mengetahui cara-cara untuk syarikat mereka bersedia dengan segera. 

Antara langkah-langkah pembolehan (enablement) yang mereka ambil semasa berada di sana ialah memuat-naikkan katalog produk dan perkhidmatan ke dalam katalog elektronik ePerolehan, memesan kad pintar ePerolehan serta mendapatkan alat pembaca kad pintar dan mendaftar untuk pakej kursus ePerolehan. 

Hari Pelanggan ePerolehan ini juga mendapat sokongan daripada pihak Kerajaan yang membuat pembelian barangan dengan syarikat-syarikat yang telah diperbolehkan (enabled) sebanyak RM4.7 juta secara atas talian dengan menggunakan ePerolehan sepanjang minggu tersebut. 


 

Di sini pihak ePerolehan ingin mengucapkan terima kasih kepada pembekal yang hadir di Hari ePerolehan ini dan juga sokongan yang diberikan dengan mengambil langkah-langkah awal untuk bersedia menggunakan ePerolehan.

Bagi para pembekal yang belum lagi bersedia diharap agar mengambil langkah-langkah pembolehan dengan segera. Kejayaan Hari Pelanggan ePerolehan 2003 ini telah terbukti dengan sokongan daripada pihak pembekal dan juga agensi Kerajaan.

Untuk maklumat lanjut hubungi kami di: 
Tel : 03 8312 2525          Faks: 03 8318 2488           Emel: bantuan@eperolehan.com.my
 
 Arkib