Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 November 2007, Kerajaan telah menetapkan semua pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan melakukan urusniaga perolehan dengan Kerajaan Persekutuan hendaklah menjadi ePerolehan Diperboleh (eP Enabled) sekiranya masih belum berbuat demikian.

Syarat pembekal untuk menjadi ePerolehan Diperboleh adalah perlu mempunyai Kad Pintar (MyeP atau MyKad) dan Pembaca Kad Pintar atau memilih opsyen terbaru ePXS (USB Crypto Token).

Bagi pembekal yang telah mempunyai Kad Pintar tanpa Pembaca Kad Pintar, pembekal hendaklah membeli pembaca tersebut atau menukar kepada ePXS sebagai media yang baru menggantikan Kad Pintar dan pembacanya. Pembaca Kad Pintar dan ePXS (USB Crypto Token) boleh diperolehi di semua kaunter ePShoppe.

Sehubungan dengan itu, bermula hari Isnin 5 November 2007, pembekal yang telah membuat permohonan pendaftaran dalam modul Pendaftaran Pembekal tetapi masih belum membuat pengisytiharan sebelum atau pada hari Jumaat 2 November 2007 jam 10:00 malam, pembekal akan mendapat implikasi seperti berikut.

Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan, sila hubungi Khidmat Bantuan Pelanggan di talian 03-7985 7777 atau e-mel kepada bantuan@eperolehan.com.my.

Klik di sini untuk Surat Arahan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) kepada pembekal.