Khamis, 31 Julai 2008
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman Aktiviti eP
English
Bahasa Melayu
 




Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Tatacara Akhir Tahun
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan
» Surat Pekeliling

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» eCat
» MAMPU
» Tender2U
» Unit ePerolehan
» eKL
» myGovernment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
   


 
Notis Penting Notis Penting Notis Penting Notis Penting Notis Penting Notis Penting Notis Penting Notis Penting Notis Penting

JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT SISTEM ePEROLEHAN BAGI PEMBEKAL PULAU PINANG PADA 6 / 7 OGOS 2008

Sistem ePerolehan telah mula digunapakai secara meluas oleh Kementerian / Agensi Kerajaan Persekutuan bagi tujuan perolehan bekalan dan perkhidmatan kerajaan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kewangan dan Commerce Dot Com Sdn. Bhd. (CDCSB) akan menganjurkan sesi taklimat mengenai sistem ePerolehan kepada para pembekal Kerajaan Persekutuan di negeri Pulau Pinang bagi tujuan pendedahan dan pemahaman untuk memantapkan lagi pelaksanaan sistem ePerolehan di kalangan pembekal. Butiran taklimat adalah seperti di bawah:-

Tarikh:     6 ATAU 7 Ogos 2008 (Rabu ATAU Khamis)

Masa:      9:00 Pagi – 1:00 Petang

Tempat: Dewan Kuliah Utama (DKU)
                Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas
                Lot 2022 Jalan Pokok Jenerih
                13200 Kepala Batas
                Pulau Pinang


Tuan / Puan dijemput hadir ke salah satu sesi taklimat di atas. Aturcara Taklimat boleh didapati di Lampiran A dan Tuan / Puan dikehendaki mengemukakan Maklumbalas Pengesahan Kehadiran melalui Lampiran B selewat-lewatnya pada 4 Ogos 2008 (Isnin). Sila klik di bawah untuk mendapatkan lampiran tersebut.

1) Surat Jemputan Kementerian Kewangan (muka 1).
2) Surat Jemputan Kementerian Kewangan (muka 2).
2) Lampiran A: Aturcara Majlis
3) Lampiran B: Borang Maklumbalas

Di samping itu, Kaunter Perkhidmatan mengenai sistem ePerolehan akan disediakan untuk kemudahan Tuan / Puan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang pada kedua-dua hari tersebut di lokasi yang sama.

Tuan / Puan boleh mendapatkan perkhidmatan seperti:

  • Pembayaran produk / perkhidmatan ePerolehan
  • Pembolehan (Permohonan Medium Akses ePerolehan: Kad MyeP / ePXS USB Crypto Token / Pembaca Kad Pintar, Permohonan Langganan Ruang Katalog & Latihan ePerolehan)
  • Khidmat nasihat / rundingan mengenai produk / perkhidmatan atau tatacara transaksi ePerolehan
  • Menyemak status permohonan Lesen Kem. Kewangan
  • Penghantaran Dokumen Sokongan Permohonan Pendaftaran Lesen Kem. Kewangan
  • TPromosi Notifikasi Percuma Tender2u selama 1 Bulan (Tarikh Efektif: 1 September 2008 - 30 September 2008)
Kehadiran Tuan / Puan ke sesi taklimat dan kaunter perkhidmatan ini amat dialu-alukan dan dihargai.

Sila hubungi Khidmat Bantuan ePerolehan di talian 03-7985 7777 atau emel bantuan@commercedc.com.my bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.


Sekian, terima kasih.

Unit Pendaftaran ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.

Senarai Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan yang dikembalikan oleh Poslaju National Courier - Batch 4

Syarikat-syarikat yang tersenarai di dalam lampiran di bawah di minta menuntut sijil tersebut dalam masa 90 hari mulai hari ini 28 Julai 2008.
Sila klik di bawah untuk melihat senarai.

1) Surat dari Kementerian Kewangan.
2) Syarikat bermula dari A - D
3) Syarikat bermula dari D - M
4) Syarikat bermula dari M - S
5) Syarikat bermula dari S - Z

Sekian, terima kasih.
Unit Pendaftaran ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.

PUSAT ePEROLEHAN JOHOR BHARU

Perkhidmatan Kaunter Pusat ePerolehan beroperasi di Wisma Persekutuan, Johor Bharu dari 2hb Jun 2008.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

PEMBAYARAN ATAS TALIAN MELALUI MAYBANK2U.COM.MY

Berita baik kepada pengguna Pembekal ePerolehan! Pembekal yang mempunyai akaun Maybank boleh membuat bayaran kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. melalui perkhidmatan atas talian Maybank2u.com.my secara tunai dan kad kredit.

Sila klik di sini untuk tatacara pembayaran melalui Maybank2u.com.my.

Sila klik di sini untuk tatacara pembayaran menggunakan kad kredit melalui Maybank2u.com.my


Jenis pembayaran kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. :-

  • Pembayaran Permohonan Lesen Kementerian Kewangan
  • Pembayaran Medium Akses eP
  • Pembayaran Perkhidmatan Latihan eP
  • Pembayaran Langganan Ruang Katalog
  • Pembayaran Langganan Notifikasi Tender2U

Perkhidmatan Kaunter ePerolehan Centre telah di buka di Bangunan Persekutuan Ipoh, Perak.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

NOTIS PERTUKARAN DOMAIN PORTAL eP

Berikutan daripada pertukaran domain portal ePerolehan daripada www.eperolehan.com.my kepada www.eperolehan.gov.my, semua agensi yang menggunakan talian EG*Net dikehendaki mengambil langkah-langkah mengemaskini fail hosts.txt.

Sila klik di sini untuk langkah-langkah mengemaskini.
Sila klik di sini untuk memuat turun fail hosts.txt.

Untuk sementara waktu capaian menggunakan www.eperolehan.com.my masih dibolehkan. Sekian dimaklumkan dan segala kesulitan adalah amat dikesali.

Arkib Notis :
1. Tuntutan Sijil Pendaftaran Dikembalikan. -DIKEMASKINI- Selanjutnya...
2. Pembayaran Pendaftaran Kementerian Kewangan. -DIKEMASKINI- Selanjutnya...
3. Pembekal akan kehilangan peluang untuk bertransaksi, selanjutnya...
4. Mini eP Shoppe baru. Selanjutnya...
5. Sesi Tunjuk Ajar Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan. Selanjutnya...
6. Makluman Kepada Pembekal di Sabah dan Sarawak. Selanjutnya...
7. Syarat pembekal untuk menjadi ePerolehan Diperboleh, Selanjutnya...
8. Pertukaran domain portal ePerolehan, Selanjutnya...
9. Permohonan Medium Akses eP dihentikan, Selanjutnya...
10. Pelaksanaan Jabatan Mengakaun Sendiri untuk KKDN, Selanjutnya...
11. Kaunter perkhidmatan eP di SSM, Selanjutnya...
12. Maklumat bayaran kredit terus melalui Maybank, Selanjutnya...
Hubungi kami:

Alamat:

Kaunter Perkhidmatan
ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
Tingkat Satu, Wisma Amtek
No.15, Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor.

Laman Web:
www.commercedc.com.my

Peta Lokasi : Klik di sini


Telefon:

03 7985 7777 (Pembekal/Perunding)
03 7985 7888 (PTJ)
03 7985 7899 (Tender2U)

Faks:
03 7985 7744

Emel:
bantuan@eperolehan.gov.my
bantuanptj@eperolehan.gov.my
Sila ke kaunter eP Shoppe di Tingkat Satu, untuk urusan ePerolehan.
( ISNIN - JUMAAT 9.00 pagi - 5.30 petang, SABTU 9.00 pagi - 1.00 petang )

 
 

Tarikh kemaskini: 14 Julai 2008


 Akaun E-mel PERCUMA
Sudahkah anda mempunyai akaun e-mel?
Klik untuk mendapatkan akaun
e-mel ePerolehan secara PERCUMA.
Untuk mengakses e-mel, sila klik di sini.
 
Berita

MAKLUMAN TENDER TERKINI DENGAN Tender2U
klik di sini

 
Ujian Kelajuan
Lebar Jalur

 

SENARAI PEMBEKAL YANG TELAH DIPERBOLEHKAN
klik di sini