NOTIS KENYATAAN eBIDDING KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
Syarikat yang berpengalaman dan berkeupayaan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang yang berkenaan adalah dipelawa untuk menyertai eBidding kepada Bahagian Perolehan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, seperti berikut:
Jenis Perolehan
|
Kod Bidang |
PERKHIDMATAN PEMBEKALAN KATRIJ TONER PENCETAK KEPADA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
| 010201 Alatulis (tidak termasuk borang/kertas Komputer
|
1. Penyediaan perkhidmatan adalah tertakluk kepada Syarat dan Terma yang ditetapkan. Syarikat yang menyertai eBidding tetapi didapati tidak mematuhi semua syarat dan terma yang disenaraikan akan disenaraihitamkan.
2. Syarikat yang berminat untuk menyertai eBidding adalah diwajibkan menghadiri Sesi Taklimat eBidding pada hari Khamis, 2 Ogos 2007 pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Aras 7, Blok D2, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya. Kehadiran yang dibenarkan hanyalah seorang sahaja dari setiap syarikat. Pembida juga perlu memaklumkan kehadiran selewat-lewatnya pada jam 12 tengahari, satu (1) hari sebelum tarikh taklimat melalui emel: BhgP@moha.gov.my atau secara telefon di talian 03-88863073 atau faks di talian 03-88891497.
3. Borang pengesahan kehadiran Sesi Taklimat eBidding boleh dimuatturun di sini.
4. Tawaran awal eBidding adalah ditutup pada hari Selasa, 14 Ogos 2007 jam 12.00 tengahari.
|