Khamis, 05 Februari 2009 | |||||||||
|
|
||||||||
|
Pengumuman eBidding
PERKHIDMATAN SECARA PAKEJ BAGI KAJIAN MEDAN LUAR RANTAU KE REPUBLIK CZECH.
SYARAT DAN TERMA eBIDDING
No. eBIDDING : KP/PER06/A/T241/2007
1.1 Syarat Penyertaan 1.1.1 Syarikat mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia atau Pejabat Kewangan Persekutuan Sabah atau Pejabat Kewangan Persekutuan Sarawak di bawah kod bidang 221107 dan telah eP enabled. 1.1.2 Surat pekeliling Bil.4 tahun 1995, memberi keutamaan kepada pembida bertaraf Bumiputera dengan kadar peratusan antara 3 hingga 10 peratus daripada nilai tawaran termurah tertakluk kepada nilai ebidding. 1.1.3 Syarikat juga dimestikan memenuhi syarat-syarat berikut: 1.1.4 Syarikat hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila menyertai eBidding. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah ini membolehkan syarikat disenaraihitamkan. 1.1.5 Pihak kerajaan berhak membatalkan eBidding ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan. Sebarang kos yang ditanggung oleh pihak syarikat kerana urusan eBidding ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat sepenuhnya. Pihak Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut. 1.1.6 Ebidding ini adalah ebidding terbuka. 1.1.7 Bilangan / Jumlah perkhidmatan yang dinyatakan di Jadual Tawaran Harga kepada ebidding ini adalah anggaran perkhidmatan yang diperlukan dalam tempoh kontrak tersebut. Jumlah itu hanyalah untuk panduan sahaja. Kementerian ini tidak menjamin bahawa jumlah itu adalah benar-benar jumlah yang dikehendaki dalam tempoh kontrak. 1.1.8 Harga tawaran hendaklah tetap tidak berubah dan mempunyai tempoh sah laku untuk tempoh sembilan (9) bulan dari tarikh ebidding ditutup. Bagi tawaran yang berjaya, harga tawarannya akan terus sah sehingga tempoh Kontrak tamat. 1.1.9 Pembida yang berjaya akan dikehendaki mengikat kontrak dengan Kerajaan. Syarat-syarat tawaran ebidding ini akan dijadikan sebahagian daripada kontrak. Syarat-syarat ini hendaklah diterima dan dipatuhi. Peringatan a) Pembida dikehendaki melengkapi Jadual-Jadual di atas dengan menyertakan maklumat lengkap mengenai perkhidmatan yang ditawarkan. Tawaran yang tidak lengkap tidak dipertimbangkan dan akan ditolak. b) Pembida juga dikehendaki memastikan kiraan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan adalah betul. Kiraan harga yang silap tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian. c) Pembida adalah DILARANG mencatat nama Syarikat atau apa-apa tanda di luar sampul ebidding kecuali nombor ebidding dan tarikh tutup ebidding sahaja. d) Pembida hendaklah menyertakan penyata kewangan bagi tiga (3) tahun diauditkan bagi Syarikat Sdn. Bhd. dan Penyata Bank yang telah disahkan bagi tempoh tiga (3) bulan iaitu Februari 2007, Mac 2007 dan April 2007 bagi syarikat persendirian. Pembida-pembida yang gagal berbuat demikian tidak akan dipertimbangkan. e) Dokumen-dokumen yang dikembalikan hendaklah disusun mengikut turutan seperti di Kembaran A dan dijilid secara ‘comb binding’. Sampul ebidding hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul yang lebih besar dan hendaklah ditanda di sebelah kiri atas sampul seperti berikut :
1.2 Tarikh Tutup 1.2.1 Tarikh tutup pelawaan awal eBidding ini adalah pada hari Selasa, 24 Julai 2007 jam 12.00 tengahari. 1.2.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. 1.3 Harga 1.3.1 Harga tawaran hendaklah dalam Ringgit Malaysia. 1.3.2 Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan, cukai serta belanja pembungkusan yang berkenaan. 1.3.3 Tempoh sahlaku tawaran ini ialah selama 180 hari mulai daripada tarikh tutup eBidding. 1.3.4 Tawaran harga hendaklah telah mengambil kiraan fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM9,600 bagi pesanan Kerajaan yang melebihi RM1.2 juta. Fi yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem ePerolehan. 1.4 Penerimaan Tawaran 1.4.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima eBidding yang terendah atau mana-mana eBidding. Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat-menyurat yang berupa rayuan dari syarikat-syarikat berkenaan, sekiranya bidaan mereka tidak berjaya. 1.4.2 Kerajaan berhak untuk memecah/membahagikan tawaran kepada lebih dari satu jika dirasakan perlu dan berpatutan. 1.5 Bon Pelaksanaan 1.5.1 eBidding boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item 1.5.2 Bagi kontrak yang bernilai kurang dari RM500,000.00 Jaminan Insuran boleh juga dipertimbangkan. 1.5.3 Bon Pelaksanaan akan dikembalikan setelah 12 bulan dari tarikh tamat Kontrak atau tarikh perkhidmatan akhir yang mana terkemudian. Walau bagaimanapun jika Kontraktor didapati melanggar syarat-syarat Kontrak yang telah dipersetujui dan tidak menjelaskan denda jika ada, maka Bon Pelaksanaan itu akan dirampas sebahagian atau sepenuhnya. 1.6 Kelewatan/Kegagalan Perlaksanaan Perkhidmatan 1.6.1 Sebarang perlanjutan /perubahan tempoh perkhidmatan di dalam Kontrak hanya boleh dilakukan dengan kebenaran daripada Kerajaan. Jika kelewatan /kegagalan perlaksanaan perkhidmatan berlaku bukan disebabkan ‘Force Majeure’ yang tulen, Kontraktor akan dikenakan denda kelewatan sebanyak sepuluh peratus (10%) untuk setiap hari yang lewat pelaksanaan perkhidmatan 1.6.2 Pembida hendaklah memberi kerjasama dan kemudahan pemeriksaan apabila dikehendaki 1.7 Menarik diri dari mengambil bahagian 1.7.1 Pembida yang menarik diri semasa tawarannya sedang di dalam pertimbangan atau menolak tawaran ebidding yang diberikan, boleh dikenakan tindakan/hukuman seperti berikut: 1.7.2 TBagi Pembida yang tidak berdaftar di para 3.2 di atas, Deposit Ebidding akan dirampas 1.8 Pengiklanan 1.8.1 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana eBidding boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (bagi Agensi Persekutuan) atau Pegawai Kewangan Negeri (bagi Agensi Negeri) terlebih dahulu. 1.9 Tafsiran 1.9.1 eBidding ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan pembida bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai eBidding ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya. 1.10 Insurans 1.10.1 Tiada apa-apa insurans atas barang-barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam eBidding. 1.11 Keperluan Penyertaan eBidding 1.11.1 Syarikat diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari segi Komputer, keperluan komunikasi dan Internet dan keupayaan sumber manusia untuk menyertai proses bidaan dari lokasi syarikat sendiri. 1.11.2 Kerajaan tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kegagalan infrastruktur di lokasi syarikat semasa proses bidaan. 1.11.3 Harga yang dikemukakan syarikat semasa bersetuju untuk memasuki eBidding (sebelum tarikh tutup) adalah merupakan harga tawaran permulaan dalam proses eBidding. 1.11.4 Syarikat hanya dibenarkan menurunkan harga dalam amaun atau gandaan yang ditetapkan berdasarkan nilai penurunan minima (Minimum Decrement Value) pada setiap kali membuat penurunan harga. 1.11.5 Tempoh masa bidaan TIDAK akan dipanjangkan. 1.11.6 Keputusan eBidding yang dikeluarkan adalah muktamad dan tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan Malaysia. 1.11.7 Syarikat yang dipilih akan menerima Surat Setuju Terima secara atas talian dan luar talian dengan kehadiran. 1.12 Ikatan Perjanjian 1.12.1 Syarikat yang berjaya dikehendaki menandatangani satu ikatan perjanjian dengan Kerajaan Malaysia dan adalah terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian. 1.12.2 Bayaran dibuat berdasarkan kepada tuntutan yang dikemukakan oleh pihak syarikat melalui Invois Dagangan dan Nota Pelaksanaan Perkhidmatan sebaik sahaja perkhidmatan telah dilaksanakan tertakluk kepada pihak Kerajaan berpuashati dengan mutu perkhidmatan tersebut. Bayaran akan dibuat dalam masa empat belas (14) hari oleh Kerajaan selepas syarikat mengemukakan Invois Dagangan dan Nota Pelaksanaan Perkhidmatan tersebut 1.12.3 Tempoh kontrak ini adalah selama 6 bulan (180 hari). Kerajaan Malaysia berhak untuk menentukan tarikh permulaan dan tarikh tamat kontrak. 1.13 Penamatan Kontrak 1.13.1 KERAJAAN, selepas memberi notis bertulis empat belas (14) hari kepada KONTRAKTOR, mempunyai hak untuk menamatkan dengan serta-merta Kontrak ini jika: 1.13.2 Kontrak ini boleh juga ditamatkan oleh KONTRAKTOR dengan persetujuan KERAJAAN dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari kepada KERAJAAN. 1.14 Timbangtara 1.14.1 Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dan Kontraktor mengenai pentafsiran, pengertian atau penguatkuasaan Kontrak ini atau hak dan/atau tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah diputuskan menurut prosedur yang sedia terkandung di dalam Akta Timbangtara 1952 dan sebarang pindaan kepadanya. 1.15 Pertanyaan 1.15.1 Untuk pertanyaan mengenai eBidding ini, syarikat boleh merujuk kepada:
|
© Hakcipta Kerajaan Malaysia.
Diselenggarakan oleh Commerce Dot Com Sdn Bhd. Penafian Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer v6.0 ke atas. Dinasihati menggunakan resolusi paparan 800 x 600 ke atas dengan warna 16-bit. |