5 Langkah Mudah untuk Pembolehan ePerolehan
1 |
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan ePerolehan |
Pembekal mesti berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan ePerolehan.
(Klik pada Pendaftaran Pembekal/Perunding di menu)
Pembekal perlu mencipta ID log masuk dan kata laluan untuk memulakan pendaftaran.
Sila rujuk Panduan Pendaftaran untuk maklumat lanjut.
|
2 |
Memohon Medium Akses ePerolehan |
Pembekal boleh memilih samada untuk memohon ePXS USB Crypto Token, Kad Pintar MyeP dan Pembaca Kad Pintar ataupun MyKad eP Enabled (Kad Pengenalan MyKad) dan Pembaca Kad Pintar untuk mengakses sistem ePerolehan bagi membolehkan pembekal berurusniaga dengan agensi Kerajaan. Semasa memohon, pembekal hendaklah melantik sekurangnya satu kakitangan sebagai pemegang medium tersebut bagi menguruskan segala urusan perolehan dengan Kerajaan.
Harga adalah seperti berikut:
Medium | Harga (RM) dan Tempoh Sahlaku Sijil Digital |
1 Tahun | 2 Tahun | 3 Tahun |
ePXS USB Crypto Token | - | - | 199 |
*Kad MyKad eP Enabled | 50 | 80 | 110 |
*Kad MyeP | 60 | 90 | 120 |
Alat Pembaca Kad Pintar |
RM150 (untuk Kad MyKad eP Enabled/Kad MyeP sahaja) |
*Memerlukan alat pembaca kad pintar.
|
3 |
Menyediakan Infrastruktur |
Keperluan asas infrastruktur untuk berurusniaga melalui ePerolehan adalah seperti berikut:
- Komputer yang dilengkapi dengan modem
- Akaun Internet (TMNet, Jaring, Time, Maxis)
Sila rujuk Keperluan Sistem untuk maklumat lanjut.
|
4 |
Menyediakan Katalog Elektronik |
Pembekal yang ingin berurusniaga melalui module Pembelian Terus, perlu mempunyai
katalog elektronik yang dicipta mengikut format yang ditentukan
Terdapat dua cara mencipta katalog elektronik:
- Mencipta sendiri katalog elektronik dengan mengunjungi laman web https://www.commercedc.com.my/ecat dan hantar katalog yang telah lengkap secara atas talian. Para pembekal digalakkan menghadiri latihan menggunakan Sistem eCat untuk menyenangkan penciptaan katalog.
- Mencipta katalog dengan bantuan pasukan ePerolehan atau pusat perkhidmatan yang telah dilantik.
Untuk tujuan ini, isi Borang Mencipta Katalog dan hantarkan kepada pasukan ePerolehan.
Bagi para pembekal yang mempunyai lebih daripada 30 item katalog untuk diterbitkan dalam ePerolehan, adalah disyorkan bahawa pembekal melanggan dengan pakej langganan ruang katalog ePerolehan.
Borang Langganan Ruang Katalog [248K]
Sila rujuk laman Katalog Elektronik ePerolehan untuk maklumat lanjut.
|
5 |
Menyertai Latihan |
Terdapat dua jenis latihan yang disediakan untuk para pembekal mempelajari
penggunaan sistem ePerolehan. Pembekal boleh memilih untuk mempelajari
sendiri sistem ePerolehan melalui Pembelajaran Multimedia (CBT) atau
menghadiri latihan dalam kelas yang menggunakan teknik latihan hands-on.
Sekiranya pembekal memerlukan latihan di dalam kelas, permohonan boleh
dibuat dengan mengisi Borang Kursus ePerolehan.
Sila rujuk Latihan Pembekal untuk maklumat lanjut.
|
Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan atau penerangan lanjut, sila hubungi talian Khidmat Bantuan
Pelanggan di nombor 03-7985 7777 atau e-mel bantuan@eperolehan.gov.my.
Pautan Berkaitan:
|