Selasa, 16 Mei 2006 | ||||||||
|
|
|||||||
|
Panduan Pendaftaran
Panduan Pemohonan Tambah BidangTambah BidangSetiap pembekal yang mendaftar dengan Kementerian Kewangan melalui ePerolehan perlu menentukan kategori bidang perolehannya. Ini perlu dibuat bagi memudahkan pihak Kerajaan membuat tempahan ke atas item atau produk dan perkhidmatan tertentu. Bidang bermaksud kategori produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembekal kepada pihak Kerajaan.Tambah bidang adalah satu kemudahan yang disediakan kepada semua pembekal yang telah berdaftar di ePerolehan dan ingin menambah atau meminda bidang yang telah dipilih ketika mula-mula berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Kemudahan ini melibatkan beberapa proses tertentu, seperti penciptaan ID dan Kata Laluan baru dan lampiran dokumen sokongan. Ketika mendaftar, anda dibenarkan mendaftar sebanyak sepuluh (10) bidang perolehan. Permohonan ini akan diproses bersama permohonan pendaftaran perolehan anda. Bagaimanapun, sekiranya anda ingin menambah bidang daripada sepuluh ke jumlah yang lebih tinggi, anda dikehendaki membuat permohonan Tambah Bidang berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan. Anda dibenarkan menambah sehingga 5 bidang dalam satu-satu masa. Jumlah tambahan bidang ini adalah sama setiap kali sehingga 63 bidang (had bidang yang ditawarkan).
Bila Anda Boleh Membuat Permohonan Menambah BidangSekiranya anda telah berdaftar sebagai pembekal dengan Kementerian Kewangan, anda boleh menambah bidang selepas mendapat sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Sijil ini mengandungi nombor rujukan pendaftaran, tempoh pendaftaran dan perakuan pendaftaran bersama-sama bidang-bidang yang telah dipilih. Begitu juga dengan permohonan tambah bidang yang kedua, ketiga dan seterusnya; permohonan hanya boleh dibuat sebaik sahaja sijil Akuan Pendaftran Kontraktor diterima. Tempoh yang dianggarkan bagi anda menerima sijil ini pula bergantung kepada beberapa perkara asas, iaitu dokumen sokongan yang lengkap dihantar dan lawatan pemeriksaan tapak (site visit) dari pegawai Kementerian bergantung kepada bidang yang dipohon.
Cara Menambah BidangBagi pembekal yang ingin memohon menambah bidang, anda perlu laman web ePerolehan di https://home.eperolehan.com.my/bm/default.aspx
Skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Pilih dan klik bar menu 'Pendaftaran Pembekal/Perunding'.
Anda akan dibawa ke laman pendaftaran dan permohonan pembekal. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan.
Di laman log masuk pembekal, sila rujuk kepada PERMOHONAN KONTRAKTOR, sila pilih Permohonan Tambah Bidang. Anda akan dibawa ke laman di bawah. Kemudian anda perlu log masuk ke sistem dengan ID Log Masuk dan Kata Laluan yang baru. Sila isikan semua medan kosong yang bertanda asterik (*). Sila pastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat. Setelah semua maklumat yang berkenaan dimasukkan, klik pada butang SERAH.
Sila ambil perhatian arahan dalam tulisan berwarna merah : Sila pastikan semua maklumat anda telah dikemaskinikan dengan lengkap. Jika tidak permohonan anda akan ditolak. Kemudian anda perlu klik pada Maklumat Bidang.
Maklumat bidang yang telah anda pilih akan dipaparkan pada jadual bidang di bawah. Anda boleh juga memadam atau meminda bidang yang tidak lagi relevan dengan urusniaga perolehan anda. Setelah semua bahagian lengkap, sila klik pada butang Seksyen Berikutnya untuk meneruskan proses permohonan tambah bidang anda.
Kemudian klik pada butang Menu dan anda akan kembali ke laman di bawah.
Kemudian anda dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan. Pastikan dokumen-dokumen sokongan anda lengkap untuk mengelakkan tempoh pemprosesan yang panjang.
Menyemak Status Permohonan AndaUntuk menambah bidang, anda perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan yang dikehendaki oleh Kementerian Kewangan. Sebaik sahaja proses permohonan selesai, anda harus menunggu permohonan anda diproses. Sebaik sahaja permohonan anda diluluskan, anda akan menerima sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor. Penerimaan sijil ini menandakan bahawa permohonan anda telah diluluskan.Selain daripada itu, anda juga boleh menyemak status permohonan anda di laman web kami. Sebaik sahaja anda log masuk ke dalam sistem kami, anda akan dimaklumkan tentang status permohonan anda.
Tempoh Kelulusan PermohonanSeperti yang telah dimaklumkan, tempoh masa kelulusan tambah bidang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan adalah bergantung pada perlbagai faktor. Sekiranya dokumen sokongan yang anda hantar lengkap dan selamat diterima oleh pihak Kementerian Kewangan, proses tambah bidang akan hanya memakan masa yang pendek. Bagaimanapun, sekiranya berlaku masalah dalam pemprosesan permohonan atau penerimaan dokumen sokongan oleh pihak Kementerian Kewangan, maka permohonan mungkin akan memakan masa yang lebih lama.Anda dinasihatkan menghantar dokumen sokongan anda ke Kementerian Kewangan menggunakan pos berdaftar. Ini bertujuan mengelakkan kehilangan pos yang mungkin berlaku. Sekiranya anda menggunakan pos berdaftar, anda boleh menyemak semula dengan pihak pejabat pos jika penghantaran dokumen anda masih belum diterima oleh pihak Kementerian Kewangan. Pastikan penghantaran dokumen anda adalah selamat dan terjamin kerana pihak Kementerian tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan penghantaran. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Khidmat Bantuan ePerolehan di 03-8312 2525 atau e-mel kami di bantuan@eperolehan.com.my.
|
|
© 2000-2005 Commerce Dot Com Sdn Bhd.
Semua hakcipta terpelihara. Syarat-syarat Perkhidmatan
|