Selasa, 16 Mei 2006
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Panduan Pendaftaran

Panduan Pemohonan Status Bumiputera

Permohonan Status Bumiputera

Permohonan Status Bumiputera adalah satu kemudahan yang disediakan kepada semua pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di ePerolehan sekiranya syarat-syarat dan kelayakan dipenuhi. Permohonan ini dibuka kepada semua pembekal yang ingin mengisytiharkan atau meminda status bumiputera syarikat mereka.

Syarat-Syarat dan Kelayakan

Ketika mendaftar, anda boleh menyatakan status bumiputera anda. Bagaimanapun, sekiranya anda perlu meminda status bumiputera syarikat anda, anda boleh membuat permohonan tersebut sekiranya syarikat anda memenuhi satu daripada syarat-syarat di berikut:

  1. Syarikat anda adalah bertaraf seratus peratus (100%) bumiputera, di mana pemegang saham, pemilik ekuiti dan pengarah syarikat anda adalah bertaraf bumiputera sepenuhnya.
  2. Syarikat anda dimiliki oleh 51 peratus atau lebih bumiputera. Sekiranya syarikat anda memenuhi syarat ini, anda juga masih boleh memohon untuk status bumiputera.

Dalam kes tertentu, syarikat anda mungkin tidak mempunyai status bumiputera kerana tidak memenuhi syarat-syarat di atas ketika pendaftaran dengan Kementerian Kewangan. Bagaimanapun, mungkin terdapat perubahan dalam pemegangan saham dan ekuiti. Contohnya pertambahan pemilikan bumiputera dalam syarikat atau syarikat berpindah milik dari pemilik bukan bumiputera ke pemilik bumiputera. Dalam kes ini, syarikat anda juga layak memohon untuk mendapat status bumiputera.

Bagaimanapun, permohonan status bumiputera adalah tertakluk kepada syarikat kontraktor sahaja. Syarikat perunding tidak dibenarkan memohon status bumiputera.

Cara Memohon Status Bumiputera

Bagi pembekal yang ingin memohon status bumiputera, anda perlu laman web ePerolehan di https://home.eperolehan.com.my/bm/default.aspx

Skrin seperti di bawah akan dipaparkan.



Pilih dan klik bar menu 'Pendaftaran Pembekal/Perunding'.



Di laman log masuk pembekal, sila rujuk kepada PERMOHONAN KONTRAKTOR dan klik pada Permohonan Status Bumiputera.



Selepas anda klik di Permohonan Status Bumiputera, papan skrin akan memaparkan borang permohonan taraf Bumiputera yang harus anda isi. Pada nombor 1, sila cipta ID Log masuk yang baru diikuti Kata Laluan yang baru. Setiap bahagian yang bertanda asterik (*) perlu diisi dan TIDAK boleh dibiarkan kosong. Setelah semua maklumat yang berkenaan dimasukkan, klik pada butang Serah.



Maklumat asas syarikat anda akan tertera di skrin. Pastikan maklumat tersebut adalah yang terbaru dan tepat. Seterusnya, klik pada butang Teruskan untuk meneruskan dengan permohonan taraf bumiputera.



Anda seterusnya akan dibawa ke skrin seperti diatas. Maklumat ringkas syarikat anda seperti nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, tarikh tamat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan nombor pendaftaran Kementerian Kewangan akan tertera di panel teratas.

Sila ambil perhatian arahan dalam tulisan berwarna merah : Sila pastikan semua maklumat anda telah dikemaskinikan dengan lengkap. Jika tidak permohonan anda akan ditolak. Kemudian anda perlu klik pada Maklumat Kewangan Tambahan.



Anda akan dibawa ke skrin seperti diatas. Bahagian 1 akan memaparkan nama-nama wakil yang berkenaan daripada syarikat anda. Pastikan maklumat wakil-wakil anda telah dikemaskini dan pilih nama Pengurus Kewangan anda.

Seterusnya, lihat pada bahagian 2, iaitu maklumat caruman KWSP. Sila isikan atau pilih maklumat yang berkenaan dengan syarikat anda. Setelah semua bahagian lengkap (pastikan medan yang bertanda asterisk (*) telah lengkap diisikan), sila klik pada butang Seksyen Berikutnya untuk meneruskan proses permohonan status bumiputera anda.



Anda akan terus dibawa ke skrin seperti di atas. Senarai ini perlu anda baca dan cetakkan untuk rujukan semasa. Ini penting bagi melengkapkan proses permohonan anda kerana maklumat di atas merujuk kepada dokumen yang perlu anda sediakan untuk proses permohonan status bumiputera.

Sesudah mencetak, sila klik pada butang Menu.



Pada ruang yang ditunjukkan, sila isikan perubahan-perubahan profail yang ingin dilakukan jika ada. Seterusnya, klik pada butang Pengisytiharan. Anda akan dibawa ke skrin pengesahan. Permohonan status bumiputera anda telahpun selesai.

Setelah lengkap mengisi borang permohonan, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan. Pastikan dokumen-dokumen sokongan anda lengkap untuk mengelakkan tempoh pemprosesan yang panjang.

Semakan Status Permohonan

Anda boleh menyemak status permohonan anda di laman web kami menggunakan ID log masuk dan kata laluan yang telah dicipta.

Tempoh Kelulusan Permohonan

Seperti yang telah dimaklumkan, tempoh kelulusan taraf Bumiputera adalah bergantung kepada beberapa faktor. Sekiranya dokumen sokongan yang anda hantar lengkap dan selamat diterima oleh pihak Kementerian Kewangan, proses kelulusan taraf Bumiputera akan hanya memakan masa yang pendek. Bagaimanapun, sekiranya berlaku masalah dalam pemprosesan permohonan atau penerimaan dokumen sokongan oleh pihak Kementerian Kewangan, maka permohonan mungkin akan memakan masa yang lebih lama. Sila hantar dokumen sokongan anda kepada:

Unit Pendaftaran
Bahagian Pengurusan dan Perolehan Kerajaan,
Kementerian Kewangan,
Kompleks Kementerian Kewangan,
Precinct 2, Blok Utara,
Tingkat Bawah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya.
(UP: Unit Pendaftaran Kontraktor)

Sila pastikan alamat ditulis dengan betul untuk mengelakkan sebarang masalah penghantaran.

Anda dinasihatkan menghantar dokumen sokongan anda ke Kementerian Kewangan menggunakan pos berdaftar. Ini bertujuan mengelakkan kehilangan dokumen yang mungkin berlaku. Sekiranya anda menggunakan pos berdaftar, anda boleh menyemak semula dengan pihak pejabat pos jika penghantaran dokumen anda masih belum diterima oleh pihak Kementerian Kewangan. Pastikan penghantaran dokumen anda adalah selamat dan terjamin kerana pihak Kementerian tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan penghantaran.

Waktu Memohon Status Bumiputera

Sekiranya anda telah berdaftar sebagai pembekal dengan Kementerian Kewangan, anda boleh memohon status bumiputera sebaik sahaja mendapat sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Sijil ini mengandungi nombor rujukan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan yang bermula dengan 357 diikuti oleh 8 nombor seterusnya (contoh: 357-XXXXXXXX), tempoh pendaftaran dan perakuan pendaftaran. Tempoh yang dianggarkan bagi anda menerima sijil ini pula bergantung kepada beberapa perkara, iaitu dokumen sokongan yang lengkap dihantar dan lawatan pemeriksaan tapak (site visit) dari pegawai Kementerian jika berkenaan.

Anda diingatkan bahawa sebarang permohonan tambah bidang, status bumiputera dan lain-lain permohonan adalah tidak dibenarkan tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat pendaftaran anda dengan Kementerian Kewangan. Anda dikehendaki membuat permohonan pembaharuan terlebih dahulu dan hanya selepas permohonan anda diluluskan, anda boleh membuat sebarang permohonan lain.

Permohonan Pertukaran Status Bumiputera ke Bukan-Bumiputera

Sekiranya berlaku pertukaran milik syarikat daripada pemilik bumiputera ke pemilik bukan bumiputera, anda boleh membuat permohonan bertulis ke Kementerian Kewangan untuk mengesahkan pertukaran status ini. Selepas permohonan anda disahkan, anda akan menerima surat penyata daripada Kementerian Kewangan yang mengesahkan pertukaran tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Khidmat Bantuan ePerolehan di 03-7985 7777 atau e-mel kami di bantuan@eperolehan.com.my.

atasKembali ke atas

Panduan Pemohonan Kemaskini Profail >>

 
Kandungan
  1. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
  2. Prosedur Pendaftaran Menggunakan Sistem ePerolehan
  3. Soalan-Soalan Lazim Pemohonan Kad Pintar
  4. Soalan-Soalan Lazim Pemohonan Tambah Bidang
  5. Panduan Pemohonan Status Bumiputera
  6. Panduan Pemohonan Kemaskini Profail