Prosedur Pendaftaran Menggunakan Sistem ePerolehan
Langkah-langkah pendaftaran menggunakan sistem ePerolehan:
- Untuk memahami langkah-langkah untuk mendaftar melalui sistem ePerolehan, sila klik di sini (untuk pembekal) atau di sini (untuk perunding).
- Sebaik sahaja permohonan pendaftaran dihantar secara atas talian (online), anda hendaklah menghantar Borang Pengisytiharan Kementerian Kewangan berserta dokumen sokongan lain kepada alamat berikut:
Untuk pembekal di Semenanjung
Unit Pendaftaran
Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan
Tingkat Bawah Blok Utara
Kompleks Kementerian Kewangan
Precint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
Untuk pembekal di Sabah
Unit Pendaftaran
Bahagian Pengurusan dan Perolehan Kerajaan
Perbendaharaan Malaysia Sabah
Tingkat 2, Rumah Persekutuan
Jalan Mat Salleh
88592 Kota Kinabalu, Sabah
Untuk pembekal di Sarawak
Unit Pendaftaran
Bahagian Pengurusan dan Perolehan Kerajaan
Perbendaharaan Malaysia Sarawak
Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93592 Kuching, Sarawak
Untuk perunding di Semenanjung/Sabah/Sarawak
Unit Pendaftaran
Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan
Tingkat Bawah Blok Utara
Kompleks Kementerian Kewangan
Precint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
Anda akan diberitahu keputusan permohonan pendaftaran anda melalui surat daripada Kementerian Kewangan.
Bagi pendaftaran yang telah diluluskan, anda dikehendaki membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM450.00 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Lima Puluh Sahaja) kepada "COMMERCE DOT COM SDN. BHD." di alamat berikut:
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
Tingkat 2, Wisma Amtek,
15, Jalan Tandang,
46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
atau
Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan
Tingkat Bawah Blok Utara
Kompleks Kementerian Kewangan
Precint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
Harap maklum bahawa sebaik pendaftaran anda diluluskan, pendaftaran adalah sah selama 3 tahun
mulai tarikh kelulusan. Sila membuat permohonan pembaharuan 3 bulan sebelum tarikh
tamat pendaftaran. Apabila pendaftaran anda telah luput, anda dikehendaki membuat
permohonan semula beserta borang bayaran dan dokumen sokongan.
- Anda boleh membuat pembayaran dengan menggunakan kad kredit (Visa/Master), cek, kiriman wang, wang pos, draf bank atau pembayaran "kredit terus" melalui mana-mana cawangan Maybank.
- Bagi bayaran melalui bank yang dibuat luar kawasan Lembah Kelang, anda dikenakan bayaran komisen mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak Bank.
Bagi keterangan lanjut mengenai pembayaran "kredit terus" melalui Maybank, sila klik di sini.
- Sila pastikan anda menyertakan sesalinan surat kelulusan Kementerian Kewangan semasa membuat pembayaran (kecuali bagi pembayaran "kredit terus" melalui Maybank).
- Sijil pendaftaran akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dalam masa 14 hari setelah bayaran pendaftaran dijelaskan kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. Semua Sijil Pendaftaran akan dihantar melalui pos berdaftar kepada Syarikat, dan mana-mana pihak tidak dibenarkan mengambil sijil tersebut di kaunter.
Peringatan
- Anda perlu mengemukakan Borang Pengisytiharan Kementerian Kewangan bersama dokumen-dokumen sokongan kepada Kementerian Kewangan. Sila ambil perhatian bahawa Borang Pengesahan Pendaftaran ePerolehan adalah untuk salinan anda.
- Untuk mengetahui status permohonan anda, anda hanya perlu log masuk di skrin pendaftaran pembekal/perunding dengan menggunakan ID Log Masuk yang dicipta semasa mengemukakan permohonan. Anda akan dapat mengetahui pada masa itu juga status terkini permohonan anda.
- Pastikan anda mengingati ID Log Masuk dan kata laluan anda bagi membolehkan anda log masuk pada bila-bila masa.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Khidmat Bantuan ePerolehan di 03-7985 7777 atau e-mel kami di bantuan@eperolehan.com.my.
|