Selasa, 09 Mei 2006
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Panduan Pendaftaran

Soalan-Soalan Lazim Permohonan Kad Pintar

 Soalan
  1. Kenapakah saya perlu memohon Kad Pintar?
  2. Berapa banyak kad perlu saya pohon?
  3. Bilakah saya boleh mendapat kad pintar selepas pembayaran telah dibuat?
  4. Bagaimanakah untuk saya memohon kad pintar tambahan selepas pendaftaran baru / pendaftaran pembaharuan melalui ePerolehan dilakukan?
  5. Kenapakah saya perlu mencetak borang kad pintar bersama lampiran kad pengenalan untuk dihantar ke Commerce Dot Com Sdn Bhd?
  6. Bilakah saya boleh menggunakan kad pintar yang telah diterima?
  7. Bolehkan saya mengambil kad pintar saya di pejabat Commerce Dot Com?
  8. Bolehkan saya membuat pembayaran berasingan bagi kad pintar dan yuran pendaftaran?
  9. Bilakah kad pintar saya akan luput?
  10. Perlukah saya memohon kad pintar yang baru apabila saya memperbaharui pendaftaran?
  11. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kad saya hilang?
  12. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima kad pintar selepas satu bulan pembayaran dibuat?
  13. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa nombor pin bagi kad pintar saya?
  14. Bolehkan saya memberi capaian untuk penggunaan kad pintar kepada ahli keluarga saya yang tidak bekerja di syarikat yang didaftarkan?


Soalan dan Jawapan

S1. Kenapakah saya perlu memohon Kad Pintar?

Kad Pintar digunakan untuk mengesahkan kesahihan capaian pengguna untuk menggunakan ePerolehan dan membuat transaksi atas talian dengan agensi Kerajaan. Kad tersebut merupakan kunci capaian untuk log masuk ke dalam ePerolehan bagi para pengguna Kerajaan dan pembekal.
S2. Berapa banyak kad perlu saya pohon?
Pembekal mesti memohon sekurang-kurangnya SATU kad pintar yang mempunyai peranan Pentadbir Pembekal.
S3. Bilakah saya boleh mendapat kad pintar selepas pembayaran telah dibuat?
Pembekal akan menerima kad pintar mereka dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pembayaran diterima. Kad pintar beserta kata laluan akan dihantar secara berasingan melalui perkhidmatan pos laju.
S4. Bagaimanakah untuk saya memohon kad pintar tambahan selepas pendaftaran baru / pendaftaran pembaharuan melalui ePerolehan dilakukan?
Selepas pembekal selesai membuat pendaftaran/pembaharuan secara atas talian, permohonan kad pintar tambahan boleh dibuat melalui Pentadbir Pembekal. Pentadbir Pembekal perlu log masuk ke sistem ePerolehan menggunakan kad pintar mereka dan pilih peranan Pentadbir Pembekal. Kemudian pilih menu "Profil Pengguna" di skrin untuk membuat permohonan atas talian.
S5. Kenapakah saya perlu mencetak borang kad pintar bersama lampiran kad pengenalan untuk dihantar ke Commerce Dot Com Sdn Bhd?
Borang kad pintar dan salinan kad pengenalan diperlukan untuk tujuan pengesahan oleh pihak berkuasa pensijilan yang telah dilantik. Ia juga merupakan salah satu syarat-syarat di bawah Akta Pensijilan Digital.
S6. Bilakah saya boleh menggunakan kad pintar yang telah diterima?
Kad pintar boleh digunakan sebaik sahaja anda menerima nombor pin yang dihantar oleh POS Laju (M) Berhad.
S7. Bolehkan saya mengambil kad pintar saya di pejabat Commerce Dot Com?
Ia hanya dibenarkan sekiranya pembekal mempunyai tindakan tertunggak di Buletin Tindakan. Pembekal perlu memberitahu tarikh dan masa pengambilan kepada pihak kami terlebih dahulu bagi membolehkan kami membuat temujanji dengan pihak berkuasa pensijilan.
S8. Bolehkan saya membuat pembayaran berasingan bagi kad pintar dan yuran pendaftaran?
Ya.
S9. Bilakah kad pintar saya akan luput?
Kad pintar adalah sah untuk jangka masa tiga tahun dan tarikh luputnya terdapat pada kad pintar.
S10. Perlukah saya memohon kad pintar yang baru apabila saya memperbaharui pendaftaran?
Sekiranya kad pintar anda masih sah semasa pembaharuan pendaftaran dilakukan, anda tidak perlu memohon kad pintar yang baru. Kad pintar anda masih boleh digunakan dan anda boleh memperbaharuinya dalam masa 60 hari sebelum tarikh ia luput.
S11. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kad saya hilang?
Sekiranya kad anda hilang, sila laporkan kepada khidmat bantuan pelanggan kami melalui surat. Kemudian, anda perlu memohon kad pintar yang baru dan membuat bayaran baru. Bayaran bergantung kepada bilangan kad pintar yang dipohon dan bilangan kad pintar yang diberikan kepada syarikat anda.
S12. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima kad pintar selepas satu bulan pembayaran dibuat?
Anda perlu membuat laporan kepada khidmat bantuan pelanggan dan kami akan memeriksa status kad pintar anda dengan pihak berkuasa pensijilan.
S13. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa nombor pin bagi kad pintar saya?
Untuk membantu anda mendapatkan nombor pin yang baru, sila bawa kad pintar anda ke Commerce Dot Com Sdn Bhd di Cyberjaya atau mana-mana eP Shoppe. Secara alternatif, anda juga boleh:-
  1. Hantar wakil untuk menghantar kad pintar bersama-sama dengan surat kuasa dari pemegang kad, atau
  2. Poskan kad pintar anda ke Commerce Dot Com Sdn Bhd bersama-sama dengan surat kuasa dari pemegang kad.
S14. Bolehkan saya memberi capaian untuk penggunaan kad pintar kepada ahli keluarga saya yang tidak bekerja di syarikat yang didaftarkan?
Anda tidak dibenarkan memberi kad pintar atau mendedahkan nombor pin anda kepada sesiapa. Di bawah Akta Digital 1997, pemegang kad pintar bertanggung jawab sepenuhnya ke atas penggunaan kad pintar. Pengguna harus bertanggung jawab bagi sebarang transaksi yang dilakukan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Khidmat Bantuan ePerolehan di 03-7985 7777 atau e-mel kami di bantuan@eperolehan.com.my.

atasKembali ke atas

Soalan-Soalan Lazim Pemohonan Tambah Bidang >>
 
Kandungan
  1. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
  2. Prosedur Pendaftaran Menggunakan Sistem ePerolehan
  3. Soalan-Soalan Lazim Pemohonan Kad Pintar
  4. Soalan-Soalan Lazim Pemohonan Tambah Bidang
  5. Panduan Pemohonan Status Bumiputera
  6. Panduan Pemohonan Kemaskini Profail