|
- Layari ke www.eperolehan.com.my.
- Klik Pendaftaran Pembekal/Perunding di menu.
Nota: Jika anda menggunakan komputer anda untuk memasuki sistem ePerolehan bagi kali pertama, sila ikuti arahan satu kali di skrin untuk memastikan yang anda mempunyai pelayar web yang sesuai.
|
|
- Laman log masuk pendaftaran pembekal muncul. Klik pautan Permohonan Kontraktor.
|
|
- Sila baca arahan di laman Perhatian dengan teliti.
- Klik butang Daftar untuk memulakan proses mencipta ID Log Masuk dan Kata Laluan.
|
|
- Di laman Maklumat Penciptaan ID Log Masuk, sila isikan borang.
Penting: Sila ingati ID Log Masuk dan Kata Laluan yang anda telah masuki. Anda akan memerlukannya untuk meneruskan permohonan.
- Klik butang Prapandangan untuk membolehkan pengesahan maklumat yang anda telah masuki.
Nota: Klik butang Bersih jika anda perlu memulakan dengan borang kosong.
- Di laman prapandang, klik butang Serah untuk menyerah borang.
|
|
- Laman Menu Permohonan Atas Talian Kontraktor muncul. Di laman ini, anda perlu melengkapkan kesemua seksyen yang berstatus Menunggu.
Untuk melengkapkan sesuatu seksyen, klik pada nama seksyen. Selepas melengkapkan sesuatu seksyen, status akan bertukar kepada Telah selesai.
|
|
- Seksyen yang terakhir — laman Dokumen Sokongan — adalah senarai semakan untuk dokumen-dokumen yang perlu disertakan kepada Kementerian Kewangan.
Klik pada kotak-kotak tanda.
- Klik butang Simpan.
- Klik butang Menu untuk kembali ke laman Menu Permohonan Atas Talian Kontraktor.
|
|
- Sila pastikan semua seksyen telah dilengkapkan. Klik butang Pengisytiharan untuk meneruskan permohonan.
|
|
- Borang Pengisytiharan Kementerian Kewangan muncul. Sila masukkan nama pemohon dan jawatannya.
- Klik butang Serah.
|
|
- Borang Pengesahan Pendaftaran ePerolehan muncul. Sila baca terma penerimaan dengan teliti. Sila masukkan nama pemohon, jawatannya dan nombor kad pengenalan.
- Klik butang Setuju.
|
|
- Laman Penyelesaian Permohonan Pendaftaran muncul. Sila baca arahan dengan teliti sebelum menekan butang Cetak Halaman Pengisytiharan.
- Borang pengisytiharan muncul. Sila cetak laman ini.
- Klik butang Log Keluar.
- Untuk melengkapkan permohonan, sila hantar cetakan Borang Pengisytiharan dan dokumen-dokumen sokongan kepada:
Unit Pendaftaran
Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan
Kompleks Kementerian Kewangan
Precint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
|