Selasa, 16 Mei 2006
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Panduan Pendaftaran

Panduan Pemohonan Kemaskini Profail

Permintaan Kemaskini Profail

Permintaan Kemaskini Profail adalah satu kemudahan yang disediakan oleh sistem ePerolehan untuk semua pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Pengemaskinian profail boleh dibuat oleh pembekal sekiranya berlaku pertukaran pada maklumat profail syarikat pembekal. Contohnya, perubahan jumlah modal ekuiti, pertukaran alamat syarikat ataupun nama pegawai yang perlu dihubungi, anda boleh membuat pindaan-pindaan ini melalui Permintaan Kemaskini Profail.

Syarat-Syarat

Tiada sebarang syarat atau keperluan yang dikenakan kepada pembekal yang ingin mengemaskini maklumat syarikat mereka. Pengemaskinian maklumat syarikat boleh dibuat pada bila-bila masa, selagi syarikat anda tiada sebarang permohonan tertunggak.

Sekiranya anda telah berdaftar sebagai pembekal dengan Kementerian Kewangan, anda boleh membuat Permintaan Kemaskini Profail sebaik sahaja mendapat sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Sijil ini mengandungi nombor rujukan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan yang bermula dengan 357 diikuti oleh 8 nombor seterusnya (contoh: 357-XXXXXXXX), tempoh pendaftaran dan perakuan pendaftaran. Permohonan kemaskini profail hendaklah diserahkan dengan dokumen sokongan yang berkenaan kepada Kementerian Kewangan untuk pengesahan.

Cara Memohon

Bagi pembekal yang ingin memohon untuk mengemaskini profail sila lawati laman web ePerolehan di https://home.eperolehan.com.my/bm/default.aspx

Skrin seperti di bawah akan dipaparkan.



Pilih dan klik bar menu 'Pendaftaran Pembekal/Perunding'.



Di laman log masuk pembekal, sila rujuk kepada PERMOHONAN KONTRAKTOR dan klik pada rangkaian Permintaan Kemaskini Profail.



Selepas anda klik di Permintaan Kemaskini Profail, skrin di atas akan dipaparkan. Pada nombor 1, sila cipta ID Log masuk yang baru diikuti Kata Laluan yang baru. Setiap bahagian yang bertanda asterisk (*) perlu diisi dan TIDAK boleh dibiarkan kosong. Setelah semua maklumat yang berkenaan dimasukkan, klik pada butang Serah .



Anda kemudiannya akan dibawa ke skrin yang memaparkan Menu Kemaskini Profail Kontraktor seperti di atas. Klik pada Maklumat Asas Syarikat untuk memulakan proses kemaskini profail syarikat anda.



Anda akan dibawa ke skrin di atas. Anda boleh mengemaskini bahagian maklumat yang berkaitan. Sila pastikan bahagian yang bertanda asterisk (*) diisikan dengan lengkap. Pada bahagian Maklumat Tambahan, sila tandakan pada kotak yang menyatakan status syarikat anda. Setelah semuanya lengkap, klik pada butang Seksyen Berikutnya .



Seterusnya anda akan dibawa ke skrin seperti di atas. Sekiranya berlaku sebarang perubahan pada nilai modal atau ekuiti, sila masukkan nilai yang baru di medan yang disediakan. Kemudian semak jadual di bahagian 2. Sekiranya anda ingin menambah pemilik modal / ekuiti, sila klik pada butang Tambah . Sebaliknya, sekiranya anda ingin memadam mana-mana nama pemilik / ekuiti yang sedia ada, klik pada kekotak semak pilih berkenaan (lihat anak panah), kemudian klik pada butang Hapus .



Di bahagian bawah skrin yang sama, iaitu di bahagian 3, Klik butang Tambah sekiranya terdapat tambahan bagi kemasukan perincian syarikat pemilik modal / ekuiti. Sekiranya anda ingin menghapuskan syarikat pemilik modal / ekuiti, klik pada kotak semak pilih yang berkenaan dan klik pada butang Hapus .

Pada bahagian 4, sila kemaskini Komposisi Perkadaran Modal sekiranya ada sebarang perubahan. Setelah selesai, klik pada butang Seksyen Berikutnya untuk proses seterusnya.



Apabila tiba ke skrin di atas, semak maklumat syarikat anda. Komposisi Lembaga Pengaraha akan dipaparkan di bahagian 1. Pada bahagian 2., sila kemaskini kemasukan perincian pengarah, berdasarkan arahan yang disediakan. Apabila selesai bahagian ini, klik butang Seksyen Berikutnya .



Anda akan dapat melihat skrin seperti di atas. Seperti sebelumnya, sila kemaskini mana-mana maklumat yang berkenaan berdasarkan arahan yang telah disediakan. Sekiranya tiada pengemaskinian yang perlu dibuat / selepas selesai pengemaskinian di bahagian ini, sila klik butang Seksyen Berikutnya .



Proses yang sama digunakan pada skrin di atas, sila kemaskini maklumat yang berkenaan dan klik pada butang Seksyen Berikutnya .



Proses yang sama digunakan pada skrin di atas, sila kemaskini maklumat yang berkenaan dan klik pada butang Seksyen Berikutnya .



Proses yang sama digunakan pada skrin di atas, sila kemaskini maklumat yang berkenaan dan klik pada butang Seksyen Berikutnya .



Anda akan terus dibawa ke skrin seperti di atas. Senarai ini perlu anda baca dan cetakkan untuk rujukan semasa. Ianya adalah senarai borang dan dokumen yang perlu anda hantar ke Kementerian Kewangan untuk proses permintaan kemaskini profail. Perkara di atas perlu diambil perhatian agar pemprosesan permohonan anda tidak mengambil tempoh yang lama.

Sesudah mencetak dan setelah pasti semua dokumen yang dinyatakan telah disediakan, sila klik pada butang Menu dan anda akan kembali ke skrin seperti di bawah.



Anda akan kembali ke paparan di atas. Sila klik butang Serah dan proses pengemaskinian maklumat syarikat anda telahpun selesai.

Semakan Status Permohonan

Anda boleh menyemak status permohonan anda di laman web kami menggunakan ID log masuk dan kata laluan yang telah dicipta.

Tempoh Kelulusan Permohonan

Seperti yang telah dimaklumkan, tempoh kelulusan pengemaskinian profail adalah bergantung kepada beberapa faktor. Sekiranya dokumen sokongan yang anda hantar lengkap dan selamat diterima oleh pihak Kementerian Kewangan, proses kelulusan pengemaskinian profail akan hanya memakan masa yang pendek. Bagaimanapun, sekiranya berlaku masalah dalam pemprosesan permohonan atau penerimaan dokumen sokongan oleh pihak Kementerian Kewangan, maka permohonan mungkin akan memakan masa yang lebih lama. Sila hantar dokumen sokongan anda kepada:

Unit Pendaftaran
Bahagian Pengurusan dan Perolehan Kerajaan,
Kementerian Kewangan,
Kompleks Kementerian Kewangan,
Precinct 2, Blok Utara,
Tingkat Bawah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya.
(UP: Unit Pendaftaran Kontraktor)

Sila pastikan alamat ditulis dengan betul untuk mengelakkan sebarang masalah penghantaran.

Peringatan:
Anda dinasihatkan menghantar dokumen sokongan anda ke Kementerian Kewangan menggunakan pos berdaftar. Ini bertujuan mengelakkan kehilangan dokumen yang mungkin berlaku. Sekiranya anda menggunakan pos berdaftar, anda boleh menyemak semula dengan pihak pejabat pos jika penghantaran dokumen anda masih belum diterima oleh pihak Kementerian Kewangan. Pastikan penghantaran dokumen anda adalah selamat dan terjamin kerana pihak Kementerian tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan penghantaran.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Khidmat Bantuan ePerolehan di 03-7985 7777 atau e-mel kami di bantuan@eperolehan.com.my.

atasKembali ke atas

 
Kandungan
  1. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
  2. Prosedur Pendaftaran Menggunakan Sistem ePerolehan
  3. Soalan-Soalan Lazim Pemohonan Kad Pintar
  4. Soalan-Soalan Lazim Pemohonan Tambah Bidang
  5. Panduan Pemohonan Status Bumiputera
  6. Panduan Pemohonan Kemaskini Profail