Isnin, 08 Mac 2004
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Panduan Am Kad Pintar ePerolehan

Sila ikuti panduan berikut sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan pada Kad pintar anda.

  1. Kerosakan Kad
    Sekiranya kad anda rosak atau tidak berfungsi ketika pembelian, sila maklumkan segera kepada Khidmat Pelanggan. Tiada sebarang caj dikenakan bagi pertukaran kad baru sekiranya ia dipulangkan kembali kepada Pihak Berkuasa Pensijilan atau Certification Authority dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh yang tertera pada resit.

    Sekiranya Pihak Berkuasa Pensijilan atau Certification Authority mendapati bahawa kad sememangnya rosak atau tidak berfungsi, Pihak Berkuasa Pensijilan atau Certification Authority akan membatalkan sijil digital yang menyebabkan kerosakan dan memaklumkan anda tentang perkara tersebut.

  2. Kehilangan atau Kecurian Kad
    Sekiranya kad anda hilang atau dicuri, sila laporkan segera pada Khidmat Pelanggan kami:
    1. Melalui talian 03-8312 2525 atau emel ke bantuan@commercedc.com.my atau fakskan ke03-8318 2488
    2. Disusuli surat laporan yang ditandatangani oleh pemilik kad.
  3. Pos Nombor PIN Yang Dibuka atau Hilang
    Sekiranya pengeposan nombor PIN anda koyak atau mempunyai tanda-tanda ianya telah dibuka, sila laporkan segera kepada Khidmat pelanggan kami. Sekiranya perlu, kami akan menasihatkan anda agar memohon kad yang baru.

    Kad dan sijil anda akan dibatalkan.

    Jika anda tidak menerima penghantaran nombor PIN beberapa hari selepas kad diterima, nombor PIN anda berkemungkinan hilang ketika dipos. Sila laporkan segera kepada kami. Pihak berkuasa Pensijilan atau Certification Authority akan menghantar semula nombor PIN anda sekiranya laporan dibuat dalam jangka masa sebulan dari tarikh pengeluaran nombor PIN tersebut.

  4. Kad Dihalang
    Kad akan dihalang secara automatik selepas tiga (3) percubaan memasukkan nombor PIN yang salah secara berturut-turut. Untuk membatalkan halangan tersebut, anda perlu mengikuti salah satu daripada prosedur pembatalan halangan nombor PIN di bawah.
    1. Anda boleh bawa kad anda kepada kami atau Pihak Berkuasa Pensijilan (Certification Authority)
    2. Anda boleh melantik wakil bagi menghantar kad anda kepada kami atau Pihak Berkuasa Pensijilan (Certification Authority) beserta surat yang mengesahkan pemberian kuasa.
    3. Anda boleh menghantar kad dan surat yang mengesahkan pemberian kuasa anda melalui pos berdaftar kepada kami atau Pihak Berkuasa Pensijilan (Certification Authority) bagi pengguna di luar Kuala Lumpur.

      Anda akan diberikan nombor PIN baru adripada kami atau Pihak Berkuasa Pensijilan (Certificate Authority)

  5. Perletakan Jawatan Pengguna
    Sekiranya Pengguna meletak jawatan, pengguna tersebut perlulah memulangkan semula kad pintar kepada Pentadbir bagi memadam profil Pengguna.

    Pentadbir perlulah menghantar pengesahan bertulis kepada Khidmat Pelanggan melalui pos atau emel ke bantuan@commercedc.com.my berkenaan perletakan jawatan Pengguna tersebut.

    Sekiranya Pentadbir meletak jawatan, wakil bagi pihak berkuasa syarikat perlu menghantar pengesahan bertulis kepada Commerce Dot Com melalui pos atau emel untuk memaklumkan tentang perletakan jawatan. Syarikat perlulah melantik seorang Pentadbir baru dan memohon Kad Pintar ePerolehan yang baru.

  6. Pertukaran Nombor PIN
    Kad dan nombor PIN anda adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada sesiapa. Anda dinasihatkan agar menukar nombor PIN anda sebaik sahaja anda menerima nombor PIN anda atau dari semasa ke semasa untuk mengelakkan penipuan. Anda boleh ke laman web kami di https://www.eperolehan.com.my/changepin.jsp untuk menukar nombor PIN anda.

<< Sebelumnya Berikutnya >>

 
Maklumat dan Panduan Kad Pintar
» Maklumat Kad Pintar
» Panduan Am Kad Pintar ePerolehan
Penyediaan Peralatan Anda Untuk Penggunaan ePerolehan
  1. Langkah 1: Memuatkan Pembaca Kad Pintar Anda
  2. Langkah 2: Menguji Pembaca Kad Pintar Anda
  3. Langkah 3: Menguji Kad Pintar ePerolehan dan Nombor PIN
  4. Langkah 4: Panduan Menukar PIN Kad Pintar
» Penjagaan Kad Pintar ePerolehan