Langkah 3: Menguji Kad Pintar ePerolehan dan Nombor PIN
Jika pembaca Kad Pintar anda berfungsi dengan baik, seterusnya anda boleh menguji Kad Pintar
dan nombor PIN anda berpanduan arahan di bawah.
- Masukkan Kad Pintar ePerolehan anda ke dalam pembaca Kad Pintar. Cip berwarna emas pada
kad tersebut perlulah berada di bahagian dalam pembaca Kad Pintar dan anda boleh melihat nama
anda pada kad tersebut daripada pandangan hadapan pembaca Kad Pintar.
- 2. Pada skrin di atas, masukkan nombor PIN 8 digit yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa
Pensijilan atau Certification Authority di ruang kosong “Smart Card Pin”,
kemudian klik “Log Masuk/Login”.
Jika Kad Pintar dan nombor PIN anda berfungsi dengan baik, anda dapat melihat skrin Buletin
Tindakan/Action Bulletin”.
Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami jika anda menghadapi sebarang kesulitan.
Langkah 4: Panduan Menukar PIN Kad Pintar
Pengguna kad pintar boleh menukar nombor PIN dari masa ke semasa untuk
mengelakkan masalah pemalsuan berlaku. Untuk berbuat demikian, pengguna perlu log masuk ke laman web di bawah:
https://www.eperolehan.com.my/changepin.jsp
Penting: Sila masukkan nombor sahaja untuk PIN baru. Contoh: 43561278
PERINGATAN:
Nombor PIN dan kad anda adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada sesiapa. Anda dinasihatkan agar menukar nombor
PIN anda sebaik sahaja anda menerimanya. Untuk menukar nombor PIN anda, sila rujuk panduan yang disediakan di:
https://home.eperolehan.com.my/en/support/guide/pinguide.aspx.
|