Jumaat, 26 Disember 2008
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman Aktiviti eP
English
Bahasa Melayu
 






Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Tatacara Akhir Tahun
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan
» Surat Pekeliling

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» eCat
» MAMPU
» Tender2U
» Unit ePerolehan
» eKL
» myGovernment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
   


 
Soalan-Soalan Lazim

  1. Apakah kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di eP Shoppe dan berapakah kadar bayaran yang dikenakan?
  2. Apakah perbezaan di antara kaunter perkhidmatan ePerolehan dan eP Shoppe?
  3. Apakah waktu operasi eP Shoppe dan kaunter perkhidmatan ePerolehan?
  4. Premis saya terletak di luar Lembah Klang. Adakah panduan atau peta lokasi kaunter perkhidmatan ePerolehan dan eP Shoppe disediakan bagi membantu saya mengesan premis-premis tersebut?
  5. Saya dapati bahawa terdapat beberapa nama yang berbeza diberikan kepada premis-premis perkhidmatan ePerolehan seperti kaunter perkhidmatan ePerolehan, eP Shoppe dan Pusat Perkhidmatan eP. Apakah perbandingan di antara ketiga-tiga premis tersebut?

S1. Apakah kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di eP Shoppe dan berapakah kadar bayaran yang dikenakan?

Di eP Shoppe, kami menyediakan kemudahan-kemudahan "One stop centre" kepada para pembekal seperti perkhidmatan PC Pool, mencetak, e-mel, faks, pembelian Pembaca Kad Pintar, enablement CD, Computer Based Training (CBT) CD di samping perkhidmatan-perkhidmatan kaunter yang lain. Kadar bayaran yang dikenakan adalah seragam di setiap eP Shoppe mengikut kadar bayaran yang telah diluluskan. (Sila rujuk kepada senarai perkhidmatan eP Shoppe untuk kadar bayaran bagi setiap kemudahan perkhidmatan).
S2. Apakah perbezaan di antara kaunter perkhidmatan ePerolehan dan eP Shoppe?
Pada asasnya kaunter perkhidmatan ePerolehan dan eP Shoppe adalah sama iaitu dari segi perkhidmatan kaunter yang disediakan. Perbezaannya adalah di mana operasi eP Shoppe mempunyai beberapa kemudahan berbayar tambahan. Di eP Shoppe, para pembekal boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan mengikut kadar bayaran yang ditentukan seperti mencetak dokumen-dokumen berhubung dengan pendaftaran ePerolehan, faks, e-mel dan juga menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan.
S3. Apakah waktu operasi eP Shoppe dan kaunter perkhidmatan ePerolehan?
Waktu operasi bagi setiap eP Shoppe adalah dari pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Manakala itu, waktu operasi bagi kaunter perkhidmatan ePerolehan adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat
S4. Premis saya terletak di luar Lembah Klang. Adakah panduan atau peta lokasi kaunter perkhidmatan ePerolehan dan eP Shoppe disediakan bagi membantu saya mengesan premis-premis tersebut?
Bagi memudahkan para pembekal mengesan lokasi-lokasi premis kami yang berhampiran dengan premis masing-masing, para pembekal boleh merujuk kepada alamat serta peta lokasi kaunter perkhidmatan ePerolehan dan setiap eP Shoppe seperti yang disediakan.
S5. Saya dapati bahawa terdapat beberapa nama yang berbeza diberikan kepada premis-premis perkhidmatan ePerolehan seperti kaunter perkhidmatan ePerolehan, eP Shoppe dan Pusat Perkhidmatan eP. Apakah perbandingan di antara ketiga-tiga premis tersebut?
Kaunter perkidmatan ePerolehan terletak di dalam kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (bangunan Kerajaan) yang mana kakitangan kami yang terlatih ditempatkan di kaunter bersama-sama dengan kakitangan Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan untuk menangani hal-hal pendaftaran ePerolehan. eP Shoppe pula ditubuhkan dan dimiliki sepenuhnya oleh Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDCSB). Sementara itu, Pusat Perkhidmatan eP adalah milik syarikat persendirian atau perseorangan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Pusat-pusat perkhidmatan eP ini dilantik oleh CDCSB bagi membantu para pembekal dalam urusan-urusan transaksi, pendaftaran dan hal-hal yang bersangkutan dengan ePerolehan. Walau bagaimanapun, objektif utama kami adalah sama iaitu menyediakan kemudahan dan pertolongan kepada pembekal Kerajaan dari segi transaksi, khidmat nasihat, khidmat bantuan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan ePerolehan mengikut keselesaan pembekal.
 
eP Shoppe
» Perkhidmatan & Kadar Bayaran
» Lokasi
» Soalan-soalan Lazim