A |
B |
C |
D |
E |
F |
G |
H |
I |
J |
K |
L |
M |
N |
O |
P |
Q |
R |
S |
T |
U |
V |
W |
X |
Y |
Z
A
Adobe Acrobat Reader
Pembaca fail PDF (Portable Document Format) yang boleh dimuat turun (download) secara percuma dari https://www.adobe.com.
Aplikasi Perdana
Aplikasi multimedia utama yang dikenalpasti untuk menerajui pembangunan MSC.
B
Barangan Katalog
Suatu produk atau perkhidmatan terdigit Pelanggan dalam Katalog dan Kandungan berkaitan dengan produk atau perkhidmatan itu yang dipaparkan di ePerolehan.
C
CBT
Latihan berasaskan komputer berkenaan penggunaan sistem ePerolehan (Computer-Based Training)
E
E-Kerajaan
Lihat Kerajaan Elektronik
ePerolehan
Sistem perolehan elektronik yang dibekalkan oleh Commerce Dot Com Sdn Bhd.
K
Kad Pintar ePerolehan
Kad pintar pengguna yang diberikan kepada Pelanggan dan diberikuasa oleh Syarikat untuk mengakses Perkhidmatan.
Kandungan
Mana-mana dan semua maklumat, data, teks, muzik, bunyi, fotograf, grafik, video, mesej atau bahan-bahan lain berkaitan dengan perniagaan Pelanggan, Barangan Katalog dan sebarang hal lain termasuk tetapi tidak terhad kepada:-
- Maklumat Barangan Katalog seperti imej produk, deskripsi, spesifikasi dan harga seunit; dan
- Syarat-syarat niaga Barangan Katalog seperti diskaun harga dan kuantiti minimum;
Katalog
Suatu katalog elektronik yang merangkumi semua Barangan Katalog Pelanggan yang dikategorikan menurut pengelompokan atau pengelasan produk.
Kekuatan Sipher
Bilangan bit kekunci yang digunakan oleh algoritma enkripsi. ePerolehan menggunakan enkripsi 128 bit.
Kerajaan
Kerajaan Malaysia.
Kerajaan Elektronik
Salah satu daripada Aplikasi Perdana MSC dengan aspirasi untuk menggunakan teknologi multimedia dalam membentuk semula cara bagaimana kerajaan beroperasi
Kontrak Pusat
Perolehan oleh Kerajaan berkaitan dengan bekalan barangan dan perkhidmatan yang telah dirundingkan terlebih dahulu, ditender dan ditawarkan kepada pembekal-pembekal sepertimana yang ditentukan oleh Kerajaan.
Koridor Raya Multimedia
Satu langkah bertaraf antarabangsa dan yang pertama seumpamanya di dunia, untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menguji teknologi terkini dan menyiapkan diri mereka dalam menghadapi masa depan.
Kredit Terus
Salah satu cara bayaran pendaftaran pembekal.
M
MSC
Lihat Koridor Raya Multimedia
Multimedia Super Corridor
Lihat Koridor Raya Multimedia
P
Pek Startup
Suatu pek permulaan yang mengandungi:-
- latar belakang ePerolehan;
- keperluan dan konfigurasi sistem piawai;
- panduan dan borang permohonan untuk memohon suatu akaun pemberi perkhidmatan internet; dan
- panduan untuk menyambung dan menggunakan ePerolehan;
Pelanggan
Seseorang atau entiti yang telah menyempurnakan Borang Pendaftaran ePerolehan, di mana butir-butirnya dinyatakan di dalamnya, dan telah bersetuju untuk mengakses Perkhidmatan menurut syarat-syarat Perjanjian ini.
Pembelajaran Multimedia
Lihat CBT
Pembelian Terus
Perolehan oleh Kerajaan bernilai sehingga RM100,000 yang tidak dikendalikan dalam kontrak pusat.
Pengguna ePerolehan
Nama-nama kakitangan Pelanggan yang terdapat dalam Borang Pesanan Kad ePerolehan. Pentadbir Pelanggan juga dianggap sebagai seorang Pengguna ePerolehan;
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat melalui ePerolehan yang akan membolehkan dan memudahkan:-
- pendaftaran para pembekal dalam talian;
- paparan dan penyenaraian barangan katalog pembekal untuk bekalan barangan dan perkhidmatan;
- pembekal-pembekal untuk membekal barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Kontrak Pusat, Pembelian Terus, Sebut Harga dan Tender; dan
- pembayaran oleh atau kepada Kerajaan, badan-badan kawalan , pihak-pihak berkuasa, atau mana-mana pihak ketiga yang lain sehubungan dengan mana-mana perenggan (a), (b), atau (c) di atas.
Walau apa pun yang disebut di perenggan (c), bekalan barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui pembelian terus, sebut harga dan tender hanya akan diberikan kepada Pelanggan apabila dimaklumkan oleh Syarikat.
Pihak Berkuasa Persijilan
Pihak berkuasa persijilan bertauliah yang dilantik oleh Commerce Dot Com Sdn Bhd untuk menyediakan sijil digital bagi Kad ePerolehan.
Pusat Tanggungjawab
Agensi kerajaan yang menguruskan perolehan.
S
Sebutharga
Perolehan yang nilainya sama atau melebihi RM100,000 tetapi kurang daripada RM200,000.
T
Tender
Perolehan yang nilainya sama atau melebihi RM200,000.
|