Khamis, 25 Mei 2006
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Kenyataan Akhbar dan Artikel
Modul tender, sebut harga ePerolehan

Modul tender, sebut harga ePerolehan

Berita Harian - 03 Jun 2003

PEMBEKAL kerajaan berkeupayaan ePerolehan kini boleh mengemukakan sebut harga, mendapatkan dokumen tender dan mengemukakan tawaran tender secara elektronik setelah modul pemerolehan Sebut harga& Tender (Q&T;) ePerolehan dikendalikan ‘secara langsung’ baru-baru ini.

Pelancaran modul itu kini terhad kepada 14 agensi pemerolehan kerajaan, dikenali sebagai ‘Pusat Tanggungjawab’ (PTJ), yang dikenal pasti kerajaan sebagai agensi perintis bagi sistem ePerolehan itu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ePerolehan hari ini, PTJ perintis itu termasuk agensi di bawah Kementerian Kewangan, Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Kementerian Pendidikan.

Pelancaran modul Q&T; di seluruh negara bagi meliputi 4,000 PTJ yang lain dijadualkan bermula dalam suku ketiga tahun ini.

Pelancaran modul Q&T; itu menyempurnakan fasa terakhir pelaksanaan ePerolehan iaitu sistem pemerolehan canggih negara. Di bawah sistem ini, pembekal boleh menjual barang dan perkhidmatan kepada kerajaan melalui Internet.

Ketua eksekutif Commerce Dot Com Sdn Bhd, Datuk Mohd Salleh Masduki berkata, dengan pelancaran Q&T; itu bermakna ePerolehan kini dilengkapi sepenuhnya untuk menyokong semua jenis pemerolehan kerajaan.

“Melalui Q&T;, PJT dan pembekal kerajaan bersiap sedia memenuhi permintaan bagi sebut harga dan tender secara elektronik, sekali gus mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan kedua-dua kaedah pemerolehan kerajaan,” katanya.

Semua pengguna Q&T; berurus niaga dalam pasaran yang selamat dan boleh dipercayai kerana hanya pembeli dan pembekal kerajaan yang sah sahaja boleh melaksanakan urus niaga Q&T; secara online.

ePerolehan adalah projek Aplikasi Perdana e-Kerajaan di bawah inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC) serta dimaju, dilaksana dan diuruskan oleh Commerce Dot Com Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Kewangan.

 
 Arkib

CetakLaman Cetak