Khamis, 25 Mei 2006 | ||||||||
|
|
|||||||
|
Kenyataan Akhbar dan Artikel
Peniaga perlu daftar e-perolehan sebelum '04Utusan Malaysia - 11 Sep 2003KUALA LUMPUR 11 Sept. - Usahawan perlu mendaftar dengan sistem e-perolehan sebelum akhir tahun ini kerana sebarang bentuk urusniaga dengan kerajaan akan dibuat melalui sistem itu kata Ketua Pengarah Commerce Dot Com (CDC), Datuk Azizan Ayob, hari ini. Beliau berkata dalam menghadapi realiti baru era globalisasi para usahawan seharusnya mampu mengubah konsep konvensional perniagaan mereka secara menyeluruh. "Dengan adanya e-perolehan, usahawan-usahawan tidak lagi perlu membuka kedai secara fizikal untuk menjual produk atau perkhidmatan mereka dan pembeli boleh membeli dengan mudah dan cepat," katanya ketika majlis pelancaran pusat perkhidmatan e-perolehan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPPM), di sini hari ini. CDC, syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan e-Perolehan itu telah melantik DPMM sebagai pusat perkhidmatan e-perolehannya yang ke-13 di Kuala Lumpur dan yang ke-69 seumpamanya di seluruh negara bagi memudahkan para usahawan Melayu mendapat maklumat berkaitan dan menjadikannya sebagai pusat rujukan. Kesemua modul e-perolehan iaitu Pendaftaran Pembekal, Kontrak Pusat, Pembelian Terus serta Sebut Harga dan Tender dibangunkan oleh CDC dan akan dilaksanakan sepenuhnya akhir tahun ini. Presiden DPMM, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin berkata perkhidmatan ini merupakan satu langkah untuk usahawan Melayu memperbaiki corak perniagaan mereka supaya lebih maju. "Melalui sistem ini usahawan dapat mengubah cara dan corak perniagaan mereka kepada yang lebih cepat, mantap dan berkesan," katanya. Abdul Rahman berkata dengan wujudnya e-perolehan di seluruh negara usahawan-usahawan Melayu dapat mempromosikan produk-produk mereka di seluruh negara dan membuka pasaran dengan lebih meluas. - Bernama |
|
© 2000-2005 Commerce Dot Com Sdn Bhd.
Semua hakcipta terpelihara. Syarat-syarat Perkhidmatan
|