Jumaat, 16 Jun 2006 | ||||||||
|
|
|||||||
|
Kenyataan Akhbar dan Artikel
Commerce Dot Com perkenal eBiddingBerita Harian, Ekonomi - 10 Mei 2006Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) memperkenalkan "eBidding" iaitu satu cara perolehan lebih berdaya saing bagi perolehan bekalan tertentu berasaskan konsep Lelongan Terbalik yang beroperasi secara dinamik dan interaktif melalui Internet di antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) kerajaan dan pihak pembekal. eBidding dilakukan apabila pegawai pembelian menerima permintaan untuk pembelian dan membuat permintaan sebutharga (RFQ) kepada pembekal berkaitan. Ketua Pengarah Eksekutif CDC, Datuk Azizan Ayub, berkata pembekal dibenarkan melihat harga bidaan tanpa mengetahui identiti pesaing. Katanya, sistem eBidding juga berfungsi menerima sebutharga, membuat perbandingan bidaan dan mengesyorkan sebutharga terbaik untuk pembelian selepas memproses semua sebutharga ditawarkan pembekal yang terbabit. Beliau berkata, eBidding akan menjadi landasan kepada proses pembangunan infrastruktur kerajaan elektronik di Malaysia. "Sistem berkenaan akan menyediakan sistem lebih telus, terbuka dan bertanggungjawab, sekaligus dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos operasi serta menarik minat pelabur luar negara," katanya menerusi kenyataan di Petaling Jaya. Azizan berkata, sistem ePerolehan (eP) dibangunkan CDC pada 1999 sebagai salah satu projek menerusi aplikasi perdana kerajaan untuk mencapai hasrat pembentukkan Kerajaan Elektronik. Sejak pelaksanaanya pada 2002, eP melalui proses peningkatan sehingga menjadi sistem stabil dan berfaedah bagi membolehkan kerajaan membuat pembelian barangan secara elektronik melalui modul kontrak pusat, pembelian terus, sebutharga, tender dan terbaru ialah melalui modul kontrak kementerian. Beliau berkata, dengan pencapaian urusniaga sebanyak RM1 billion melalui sistem eP pada 2005 dan dijangka mencecah RM2 billion tahun ini, CDC sentiasa bergerak ke depan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna sistem berkenaan. "Pada masa ini ada lebih 3,200 PTJ dan lebih 115,000 pembekal yang berdaftar dengan ePerolehan,"katanya. Azizan berkata, apabila sistem eBidding menjadi satu kebiasaan kepada pengguna, harga pasaran untuk sesuatu produk itu ditentukan dengan lebih mudah dan membolehkan persaingan sihat antara pembekal. "Dengan penggunaan eP dan eBidding, kerajaan dapat menjamin peluang sama bagi memastikan wujudnya persaingan terbuka dan adil dalam setiap transakasi yang dilakukan,"katanya. |
|
© 2000-2005 Commerce Dot Com Sdn Bhd.
Semua hakcipta terpelihara. Syarat-syarat Perkhidmatan
|