Jumaat, 19 September 2003
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Release Notes

Live support: Sokongan Elektronik ePerolehan

  • 'ePerolehan Live Support' adalah sistem perbualan secara langsung yang dibangunkan untuk mempertingkatkan dan memperbaiki kefahaman dan penggunaan ePerolehan oleh pengguna. Melalui Live Support ini, kami akan menyediakan sokongan yang terjamin dan serentak tanpa memerlukan pengguna keluar daripada talian Internet untuk mendapatkan sebarang jawapan bagi masalah mereka. ePerolehan Live Support ini akan berhubung dengan pengguna melalui perbualan teks ringkas dan secara serentak. Laman yang memberi panduan atau maklumat yang anda kehendaki pula akan 'ditolak masuk' ke dalam pelayar Internet anda. Ia merupakan sokongan kepada Khidmat Bantuan Pelanggan selain daripada sokongan telefon yang sedia ada.
  • Usaha ini diharap dapat mengurangkan jurang dan merapatkan lagi hubungan antara pengguna Kerajaan dengan pembekal-pembekal berdaftar. Di samping itu, ia juga membolehkan anda berbual dengan operator bertugas yang akan menjawab sebarang pertanyaan anda dengan pantas dan cekap.

ePerolehan live support menawarkan:

    • Live Chat - sistem ini menyediakan antara muka perbualan web yang mesra, di mana anda boleh memulakan sesi perbualan ringkas dengan wakil Khidmat Bantuan pelanggan ePerolehan.
Klik di sini untuk panduan menggunakan fungsi perbualan.