Ahad, 16 Mei 2004
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Panduan Pendaftaran

Prosedur Pendaftaran Menggunakan Sistem ePerolehan

Langkah-langkah pendaftaran menggunakan sistem ePerolehan:
  1. Untuk memahami langkah-langkah untuk mendaftar melalui sistem ePerolehan, sila klik di sini (untuk pembekal) atau di sini (untuk perunding).
  2. Sebaik sahaja permohonan pendaftaran dihantar secara atas talian (online), anda hendaklah menghantar Borang Pengisytiharan Kementerian Kewangan berserta dokumen sokongan lain kepada alamat berikut:

    Unit Pendaftaran
    Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan
    Kementerian Kewangan
    Tingkat Bawah Blok Utara
    Kompleks Kementerian Kewangan
    Precint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62592 Putrajaya

  3. Anda akan diberitahu keputusan permohonan pendaftaran anda melalui surat daripada Kementerian Kewangan.
  4. Bagi pendaftaran yang telah diluluskan, anda dikehendaki membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM310.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sepuluh Sahaja) — termasuk bayaran duti setem — kepada "COMMERCE DOT COM SDN. BHD." di alamat berikut:

    Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
    Tingkat Bawah, Blok Enggang,
    Kompleks Pejabat & Villa,
    Cyberview Gardens,
    63000 Cyberjaya,
    Selangor Darul Ehsan

    atau

    Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan
    Kementerian Kewangan
    Tingkat Bawah Blok Utara
    Kompleks Kementerian Kewangan
    Precint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62592 Putrajaya

    Harap maklum bahawa sebaik pendaftaran anda diluluskan, pendaftaran adalah sah selama 3 tahun mulai tarikh kelulusan. Sila membuat permohonan pembaharuan 3 bulan sebelum tarikh tamat pendaftaran. Apabila pendaftaran anda telah luput, anda dikehendaki membuat permohonan baru beserta borang bayaran dan dokumen sokongan.

    • Anda boleh membuat pembayaran dengan menggunakan kad kredit (Visa/Master), cek, kiriman wang, wang pos, draf bank atau pembayaran "kredit terus" melalui mana-mana cawangan Maybank.
    • Bagi bayaran melalui bank yang dibuat luar kawasan Lembah Kelang, anda dikenakan bayaran komisen mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak Bank. Bagi keterangan lanjut mengenai pembayaran "kredit terus" melalui Maybank, sila klik di sini.
    • Sila pastikan anda menyertakan sesalinan surat kelulusan Kementerian Kewangan semasa membuat pembayaran (kecuali bagi pembayaran "kredit terus" melalui Maybank).
    • Sijil pendaftaran akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dalam masa 14 hari setelah bayaran pendaftaran dijelaskan kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. Semua Sijil Pendaftaran akan dihantar melalui pos berdaftar kepada Syarikat, dan mana-mana pihak tidak dibenarkan mengambil sijil tersebut di kaunter.

Peringatan

  1. Anda perlu mengemukakan Borang Pengisytiharan Kementerian Kewangan bersama dokumen-dokumen sokongan kepada Kementerian Kewangan. Sila ambil perhatian bahawa Borang Pengesahan Pendaftaran ePerolehan adalah untuk salinan anda.
  2. Untuk mengetahui status permohonan anda, anda hanya perlu log masuk di skrin pendaftaran pembekal/perunding dengan menggunakan ID Log Masuk yang dicipta semasa mengemukakan permohonan. Anda akan dapat mengetahui pada masa itu juga status terkini permohonan anda.
  3. Pastikan anda mengingati ID Log Masuk dan kata laluan anda bagi membolehkan anda log masuk pada bila-bila masa.

atasKembali ke atas
 
 « Laman Sebelumnya