Isnin, 10 Februari 2003
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Soalan-soalan Lazim

 Soalan-soalan Lazim berkaitan dengan Surat KSP kepada Pembekal
  1. Apakah yang perlu saya lakukan sebagai persediaan untuk menggunakan sistem ePerolehan?
  2. Bilakah saya mesti bersedia?
  3. Apakah faedah-faedah menggunakan sistem ePerolehan?
  4. Apakah yang saya perlu buat jika saya bukan seorang pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan?
  5. Apakah latihan yang disediakan untuk menggunakan ePerolehan?
  6. Bagaimana pula jika saya hanya membekalkan perkhidmatan? Adakah sistem ePerolehan disediakan untuk pembekal perkhidmatan?
  7. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya tidak mempunyai infrastruktur yang sewajarnya atau jika saya tidak tahu menggunakan sistem ePerolehan?

 

S1. Apakah yang perlu saya lakukan sebagai persediaan untuk menggunakan sistem ePerolehan?

Sebagai permulaan, anda perlu mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan secara atas talian melalui sistem pendaftaran pembekal ePerolehan. Selepas itu, anda hendaklah memohon sekurang-kurangnya satu Kad Pintar ePerolehan – kad pintar ini akan dikeluarkan di atas nama pengguna sebagai ciri keselamatan bagi mengesahkan orang yang menggunakan sistem adalah pengguna yang dilantik oleh syarikat untuk menjalankan sebarang urusniaga secara atas talian dengan pihak Kerajaan.
Klik di sini untuk mengakses Borang Permohonan Kad Pintar

Selepas itu, anda akan memerlukan satu alat pembaca kad pintar untuk menggunakan Kad Pintar ePerolehan.
Klik di sini untuk mengakses senarai pembekal alat pembaca kad pintar yang terdekat

Akhir sekali, jika syarikat anda terlibat di dalam urusniaga Pembelian Terus dengan pihak Kerajaan, anda mesti memuatnaikkan dan mengesahkan katalog-katalog elektronik produk atau perkhidmatan. ePerolehan kini menawarkan perkhidmatan kemasukan data elektronik percuma untuk 10 item produk atau perkhidmatan, untuk dimuatnaikkan ke dalam ePerolehan.
Klik di sini untuk mengakses Borang Katalog Elektronik

S2. Bilakah saya mesti bersedia?
Kementerian Kewangan telah pun mengeluarkan surat “Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Melalui Sistem ePerolehan” S/K.KEW/PK/EP/1100/000000/143/23 Jld. 3(7) bertarikh 3hb Disember 2002 kepada semua pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk menggesa para pembekal supaya menyediakan infrastruktur bagi menggunakan sistem ePerolehan. Jika syarikat anda gagal membuat demikian, Kementerian Kewangan telahpun menyatakan bahawa anda mungkin kehilangan peluang membuat urusniaga dengan Kerajaan. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk bersedia secepat yang mungkin.
S3. Apakah faedah-faedah menggunakan sistem ePerolehan?
Proses perolehan secara atas talian akan memperbaiki kecekapan dan menawarkan masa pusingan yang lebih cepat dalam operasi perniagaan harian anda dengan pihak Kerajaan.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai faedah ePerolehan kepada pembekal
S4. Apakah yang saya perlu buat jika saya bukan seorang pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan?
Anda mesti membuat pendaftaran melalui ePerolehan. Sistem ePerolehan menawarkan permohonan dan pendaftaran untuk kedua-dua jenis permohonan Kontraktor dan Perunding.
Klik di sini untuk panduan
S5. Apakah latihan yang disediakan untuk menggunakan ePerolehan?
Kami menyediakan latihan menyeluruh bagi semua modul-modul ePerolehan.
Klik di sini untuk mengakses Borang Pendaftaran untuk kursus latihan yang anda ingin sertai   atau
Klik di sini untuk memuat turunkan CBT atau Pembelajaran Multimedia
S6. Bagaimana pula jika saya hanya membekalkan perkhidmatan? Adakah sistem ePerolehan disediakan untuk pembekal perkhidmatan?
Ya, sistem ePerolehan sememangnya dibina khusus untuk pembekal-pembekal yang membekal sama ada produk, perkhidmatan atau kedua-duanya.
S7. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya tidak mempunyai infrastruktur yang sewajarnya atau jika saya tidak tahu menggunakan sistem ePerolehan?
Anda bolehlah menelefon bahagian Perkhidmatan Pelanggan ePerolehan di talian 03-8312 2525 untuk mendapatkan panduan “Bagaimana menyediakan syarikat untuk ePerolehan” ataupun anda boleh merujuk kepada mana-mana Pusat Perkhidmatan ePerolehan yang dilantik oleh Commerce Dot Com.
Klik di sini untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan ePerolehan yang terdekat dengan anda

atasKembali ke atas