Jumaat, 26 Disember 2008
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman Aktiviti eP
English
Bahasa Melayu
 






Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Tatacara Akhir Tahun
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan
» Surat Pekeliling

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» eCat
» MAMPU
» Tender2U
» Unit ePerolehan
» eKL
» myGovernment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
   


 
Latihan Pembekal

Commerce Dot Com Sdn Bhd menawarkan beberapa kursus aplikasi ePerolehan. Kursus-kursus yang ditawarkan kepada pembekal-pembekal adalah bertujuan agar pembekal-pembekal dapat menggunakan aplikasi ini untuk menerima dan memenuhi pesanan dari pihak kerajaan.

Kursus-kursus yang ditawarkan
Metodologi Latihan
Pusat Latihan
Kos-kos Latihan
Pakej Kursus ePerolehan


Kursus-kursus yang ditawarkan

Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Commerce Dot Com kepada para pembekal adalah:

Metodologi Latihan

Terdapat dua metodologi latihan yang ditawarkan oleh Commerce Dot Com untuk melengkapkan para pembekal dengan pengetahuan dan latihan praktikal untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai aplikasi ePerolehan.

  1. Latihan Bersemuka (Instructor-led Training)

    Latihan Bersemuka dijalankan di Pusat Latihan ePerolehan yang ditubuhkan oleh Commerce Dot Com. Peserta kursus akan mendapat latihan secara tubi (hands-on) ke atas aplikasi ePerolehan dan akan diberi modul pembelajaran yang komprehensif.

    Faedah-faedah menghadiri kursus ini adalah:

    • Peluang bersemuka untuk sesi soal jawab dengan tenaga pengajar yang professional dan berpengalaman
    • Peningkatan kefahaman menerusi latihan dan pergaulan sesama peserta
    • Sistem pembelajaran yang intensif dan teratur
    • Penggunaan kelengkapan yang baik di dalam kelas
    Kurikulum kelas latihan adalah diiktiraf oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

  2. Pembelajaran Multimedia

    CBT Para pengguna dapat memuat turun program pembelajaran multimedia ke dalam komputer masing-masing untuk mempelajari bagaimana untuk menggunakan ePerolehan. Apabila telah dimuat turun, pengguna secara individu boleh mengikuti siri topik latihan sendiri untuk memahirkan diri tentang penggunaan ePerolehan.

Pusat Latihan

Shah Alam
No. 22A Jalan Tengku Ampuan Zabedah D9/D
Seksyen 9
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5510 3800
» Peta Lokasi | Zoom

Kos-kos Latihan

Kos-kos latihan yang dikenakan:
Modul Kursus Kod Tempoh Harga Seorang
(RM)
1. ePerolehan Pendaftaran Pembekal SSR-EP 1 hari 250.00
2. ePerolehan Kontrak Pusat SCC-EP 1 hari 250.00
3. ePerolehan Pembelian Terus & Mencipta Katalog SDP-EP 2 hari 550.00
4. ePerolehan Sebutharga dan Tender SQT-EP 2 hari 650.00
5. Pengenalan Kepada Komputer & Internet ICLC 1 hari 200.00

Bayaran untuk Latihan

Pembekal boleh membuat bayaran melalui:

  • Cek yang dihantar ke alamat Commerce Dot Com Sdn Bhd atau mana-mana eP Shoppe kami yang berdekatan;
  • Kad kredit (di mana-mana eP Shoppe);
  • Draf bank atau kiriman wang kepada Commerce Dot Com Sdn Bhd.
Untuk bayaran melalui cek, sila pastikan anda telah menulis nama syarikat, nombor pendaftaran Kementerian Kewangan, dan kod kursus latihan yang dipohon di belakang cek untuk memudahkan proses pembayaran.

Pakej Kursus ePerolehan

Pakej Kursus ePerolehan diadakan bertujuan untuk memberi persediaan lengkap kepada Pembekal bagi menggunakan sistem ePerolehan sepenuhnya.

Untuk mendapat keterangan lanjut bagi setiap pakej atau produk-produk ePerolehan yang lain, sila hubungi 03-7787 9770 atau E-mel kepada perunding_ep@eperolehan.com.my.

 

 

 Pautan Berkaitan