S/K.KEW/PK/EP/1100/
000000/143/23 Jld.3(7)
3 Disember 2002
Semua Pembekal

Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Melalui Sistem ePerolehan

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah membuat keputusan supaya semua urusan perolehan Kerajaan sama ada secara pembelian terus, sebut harga atau tender hendaklah dibuat melalui sistem ePerolehan. Sehubungan itu, semua pembekal hendaklah menyediakan infrastruktur dan menjalani latihan penggunaan sistem ePerolehan. Pembekal yang tidak menyediakan infrastruktur yang diperlukan akan kehilangan peluang berurusniaga dengan Kerajaan.

2. Untuk mendapatkan khidmat bantuan dan kemudahan ePerolehan tuan/puan bolehlah menghubungi:

Commerce Dot Com Sdn. Bhd.,
Blok Enggang, Kompleks Pejabat dan Villa,
Cyberview Gardens,
63000 Cyberjaya,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Telefon : 03-8312 2525
Faks : 03-8312 2666
E-mel : bantuan@eperolehan.com.my

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Tutup / Close