Saturday, 15 May 2004
Search
Home Glossary Search Contact Us Site Map
 
For Government Agency Users
» Supplier Registration Information Enquiry
» Related Information

 Links
» Ministry of Finance
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Email Bulletin

Sistem Perolehan Elektronik Kerajaan Malaysia

17 April 2003

www.eperolehan.com.my

Modul Sebutharga dan Tender akan dilaksanakan  pada 5hb Mei  2003!!

Para Pembekal,

ePerolehan akan menawarkan satu sistem perolehan yang komprehensif menerusi proses Sebutharga dan Tender (Quotation and Tender) yang mana akan mengautomasikan keseluruhan sistem, bermula dari permohonan rasmi dari pejabat pengguna, penyediaan spesifikasi, pengiklanan, penilaian, tawaran kepada pembekal sehinggalah ke penjelasan bayaran.

Proses Sebutharga Proses Tender


Untuk perolehan yang mempunyai nilai sama atau lebih daripada RM100,000 tetapi kurang daripada RM200,000

Untuk perolehan yang mempunyai nilai yang sama atau melebihi RM200,000

Permintaan untuk menghadiri kursus Sebutharga dan Tender telahpun meningkat sejak akhir tahun 2002. Justeru itu, untuk memenuhi permintaan ini, Commerce Dot Com Sdn Bhd telah menubuhkan satu lagi pusat latihan khusus untuk kursus Sebutharga dan Tender di Wisma Tun Sambanthan.

Bermula 1 April, latihan Sebutharga dan Tender telahpun bermula di pusat latihan baru ini. Biarpun latihan pertama ini bermula awal bulan April, ramai peserta daripada kalangan pembekal telah membuat penempahan sehingga akhir bulan Mei untuk mengikuti kursus ini. Selain itu, Kementerian dan Agensi Kerajaan juga  telah membuat jadual untuk mengikuti kursus latihan yang sama yang akan bermula 21 April, 2003 ini.

Pusat latihan ini bertempat di Tingkat 25, Wisma Tun Sambanthan di Jalan Sultan Sulaiman. Pusat ini dilengkapi 4 bilik latihan yang berupaya memuatkan 30 orang peserta pada setiap satu masa. Selain kemudahan tempat beribadat bagi peserta Muslim, terdapat juga eP Shoppe yang berfungsi sebagai pusat perkhidmatan ePerolehan bagi kemudahan para pembekal menjalankan urusan pertanyaan, pembelian atau permohonan tertentu berkenaan ePerolehan. 


Untuk makluman semua pembekal, sekiranya syarikat anda membayar levi ke Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bayaran latihan ePerolehan boleh dituntut*  oleh syarikat anda. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web https://www. hrdnet.com.my atau hubungi pejabat PSMB di nombor 03-2098 4800.


Oleh itu, daftarlah untuk kursus latihan Sebutharga dan Tender SEGERA untuk mengetahui proses perolehan tender dan sebutharga melalui ePerolehan dan tuntut bayaran latihan anda!

Untuk mendaftar, sila muat turun Borang Kursus dan buat pembayaran  (RM400 setiap peserta) kepada  Commerce Dot Com Sdn Bhd atau hubungi  Khidmat Bantuan Pelanggan di 03 83122525 sekarang!

*tertakluk pada syarat dan peraturan yang disediakan oleh HRDF.

Nota: Untuk kemudahan peserta yang memerlukan penginapan semasa menghadiri kursus, pihak ePerolehan mengaturkan kadar sewa bilik korporat dengan Hotel Midah Kuala Lumpur. Sila hubungi Hotel Midah di nombor 03-2273 9999 dan merujuk nama Commerce Dot Com Sdn Bhd kepada Bahagian Tempahan (Reservation Desk) untuk mendapatkan kadar korporat tersebut. Sila buat urusan tempahan dan pembayaran sewa bilik terus kepada pihak hotel.


Sila sertakan maklumat berikut untuk menyenangkan proses pendaftaran kursus anda:

Nama:  
Nama Syarikat:  
No. Kementerian Kewangan:       -                
No. Telefon:       -                
No. Faks:       -                
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Commerce Dot Com Sdn Bhd akan cuba  mematuhi jadual yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, Commerce Dot Com Sdn Bhd berhak meminda atau membatalkan kursus atas sebab-sebab tertentu. Pembatalan kursus akan dimaklumkan kepada peserta seberapa segera dan tarikh kursus yang baru akan dimaklumkan kemudian.Sekiranya pihak peserta tidak dapat menghadiri kursus yang telah ditetapkan sila hubungi Khidmat Bantuan di 03-83122525 dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh kursus untuk mengelakkan bayaran anda dimansuhkan.

© 2003 Commerce Dot Com Sdn Bhd, hak cipta terpelihara.

 
 Arkib