Hari
Pelanggan ePerolehan yang telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia di Kementerian Kewangan pada
27-31 Oktober 2003 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan
dari para syarikat yang berminat untuk membuat urusniaga dengan
Kerajaan.
Ini
terbukti dengan jumlah kehadiran sebanyak 1,335 syarikat yang
menghantar wakil-wakil mereka untuk mendapat penerangan lanjut
mengenai ePerolehan serta mengetahui cara-cara untuk syarikat mereka
bersedia dengan segera.
Antara
langkah-langkah pembolehan (enablement) yang mereka ambil semasa
berada di
sana
ialah memuat-naikkan katalog produk dan perkhidmatan ke dalam
katalog elektronik ePerolehan, memesan kad pintar ePerolehan serta mendapatkan
alat pembaca
kad pintar dan mendaftar untuk pakej kursus ePerolehan.
Hari Pelanggan ePerolehan ini juga mendapat sokongan daripada pihak
Kerajaan yang membuat pembelian barangan dengan syarikat-syarikat
yang telah diperbolehkan (enabled) sebanyak RM4.7 juta secara atas
talian dengan menggunakan ePerolehan sepanjang minggu tersebut.
|
Di
sini pihak ePerolehan ingin mengucapkan terima kasih kepada pembekal
yang hadir di Hari ePerolehan ini dan juga sokongan yang diberikan
dengan mengambil langkah-langkah awal untuk bersedia menggunakan
ePerolehan.
Bagi
para pembekal yang belum lagi bersedia diharap agar mengambil
langkah-langkah pembolehan dengan segera. Kejayaan Hari Pelanggan
ePerolehan 2003 ini telah terbukti dengan sokongan daripada pihak
pembekal dan juga agensi Kerajaan.
|