Monday, 08 March 2004 | ||||||||
|
|
|||||||
|
Announcement
18 February 2004 Lebih 1000 Pembekal dan PTJ Telah Hadir Di Seminar ePerolehan Di Semenanjung MalaysiaKementerian Kewangan dengan kerjasama Commerce Dot Com Sdn Bhd telah menganjurkan taklimat ePerolehan untuk semua pengguna sistem ePerolehan, iaitu semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Kerajaan dan semua pembekal Kerajaan mulai 8 Februari 2004 hingga 13 Februari 2004 di seluruh Semenanjung Malaysia. Tujuan program ini diadakan adalah untuk:-
Seminar ePerolehan yang dijalankan di Alor Setar, Ipoh, Pulau Pinang, Kota Bahru, Kuala Terengganu, Kuantan, Port Dickson, Ayer Keroh dan Johor Bahru ini telah dihadiri lebih daripada 1000 pembekal Kerajaan dan PTJ yang terlibat. Pihak CDC berharap, PTJ-PTJ dan pembekal-pembekal yang telah dikenalpasti ini dapat menjadi eP enabled dalam masa 3 bulan. Kebanyakkan pembekal-pembekal yang hadir telah pun mendaftar untuk mengikuti kursus ePerolehan yang akan diadakan mulai akhir bulan Februari ini. Bagi pembekal-pembekal yang belum mendaftar untuk kursus ePerolehan diharap dapat membuat demikian dengan segera sebelum terlambat. Untuk pendaftaran sila rujuk laman web ePerolehan www.eperolehan.com.my atau hubungi Unit Pembolehan Pembekal di talian 03-8312 2727. Untuk makluman pembekal, Kementerian Kewangan telah pun mengeluarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2003 bertarikh 13 Ogos 2003 dimana PTJ enabled dimestikan membuat pembelian melalui sistem ePerolehan dan pembekal/syarikat yang tidak ePerolehan enabled dan tidak mempunyai katalog tidak dibenarkan membekal kepada agensi Kerajaan yang telah ePerolehan enabled. Oleh itu, pembekal Kerajaan perlu mencapai tahap ePerolehan enabled bagi memudahkan urusan perolehan dengan mana-mana PTJ yang telah dikenalpasti. Pihak CDC berharap agar pembekal-pembekal Kerajaan tidak lagi mengambil perkara ini dengan mudah supaya tidak kehilangan peluang berurusan dengan agensi Kerajaan. |
|
© 2000-2003 Commerce Dot Com Sdn Bhd.
All rights reserved. Terms of Service
|