Thursday, 29 April 2004
Search
Home Glossary Search Contact Us Site Map
 
For Government Agency Users
» Supplier Registration Information Enquiry
» Related Information

 Links
» Ministry of Finance
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Announcement

27 March 2004

Woksyop ePerolehan Untuk Pembekal-pembekal Kementerian Pertanian

Pada 27 Mac 2004, Kementerian Pertanian dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Commerce Dot Com Sdn Bhd telah menganjurkan woksyop ePerolehan untuk pembekal-pembekal yang berurusan dengan Kementerian Pertanian di Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk:-

  1. Membantu semua pembekal yang berurusniaga dengan pihak kementerian untuk turut mencapai tahap eperolehan enabled; dan
  2. Memberi peluang untuk para pembekal dan pegawai Kerajaan yang terlibat dalam perolehan Kerajaan, memahami secara keseluruhan sistem perolehan secara elektronik (eperolehan) dan berinteraksi secara langsung di antara satu sama lain.

Y. Bhg. Dato' Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian selaku tetamu kehormat Woksyop ePerolehan, dalam ucapan beliau, telah memberikan sokongan penuh untuk melaksanakan sistem ePerolehan di Kementerian Pertanian dengan segera sebagai menyahut arahan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2003 bertarikh 13 Ogos 2003. Woksyop ePerolehan yang dihadiri lebih daripada 90 pembekal Kerajaan ini juga turut dihadiri oleh Y. Bhg Dato' Mohamedsha Mislam, Pengarah Projek ePerolehan Kementerian Kewangan. Pihak ePerolehan berharap pembekal-pembekal yang telah dikenalpasti ini dapat menjadi ePerolehan enabled dalam masa terdekat supaya mereka dapat meneruskan urusniaga dengan Kementerian berkenaan tanpa sebarang masalah.

Kebanyakan pembekal yang hadir telah pun berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan berminat untuk menghadiri kursus ePerolehan yang akan diadakan sepanjang bulan April 2004. Bagi pembekal-pembekal yang belum mendaftar dengan kursus ePerolehan, adalah dinasihatkan agar berbuat demikian dengan segera. Untuk pendaftaran dan langkah-langkah untuk menjadi eP enabled, sila rujuk laman web ePerolehan www.eperolehan.com.my atau hubungi Pegawai Pembolehan ePerolehan di talian 03-8312 2727.

Pihak ePerolehan juga sedang dalam perancangan untuk mengadakan woksyop ePerolehan di kementerian-kementerian yang lain dan berharap agar pembekal-pembekal Kerajaan tidak lagi mengambil sikap "tunggu dan lihat" supaya tidak kehilangan peluang berurusan dengan Kerajaan di masa hadapan.

 
 Archives