Satu lagi sebutharga telah dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga,
Komunikasi dan Multimedia melalui sistem ePerolehan hari ini, 8 April
2004. Ini adalah sebutharga yang ke 3 yang dikeluarkan melalui sistem
ePerolehan di dalam tempoh 2 minggu.
Sebutharga yang ditawarkan kali ini adalah untuk semua pembekal
yang terlibat dalam bidang dismantle, membungkus, mengangkut, memindah,
membuka, memasang serta menguji semula peralatan komputer dan kerja-kerja
konfigurasi (Kod Bidang 210100,
210103, 210104, 210105, 210106).
Maklumat sebutharga/tender ini ada dipaparkan di Papan Kenyataan
Sebutharga/Tender. Klik di
sini untuk melihat sebutharga yang ditawarkan. Hanya pembekal yang eP enabled
sahaja yang dapat mengambil bahagian di dalam pelawaan sebutharga/tender
tersebut.
Bagi pembekal-pembekal yang
belum ePerolehan enabled, diharap dapat berbuat demikian secepat
mungkin sekiranya tidak mahu ketinggalan dalam urusniaga sebutharga dengan
Kerajaan. Pihak
ePerolehan menjangkakan kementerian-kementerian lain juga
akan turut membuat tawaran sebutharga
& tender melalui sistem ePerolehan tidak lama lagi. Dengan
ini, para pembekal adalah
digalakkan untuk hadir ke kursus Sebutharga dan Tender ePerolehan agar
dapat menggunakan ePerolehan dengan lancar dan mudah.
|