Kementerian
Perusahaan Utama sekali lagi mengeluarkan tawaran sebutharga melalui
sistem ePerolehan. Ini adalah sebutharga yang ketiga (3) dikeluarkan oleh
Kementerian Perusahaan Utama ini.
Sebut harga yang ditawarkan
ini adalah untuk perkhidmatan perpindahan peralatan dan kelengkapan ICT
KPPK dari dari Menara Dayabumi, Kuala Lumpur ke Pusat Pentadbiran Baru
Kerajaan, Putrajaya.
Untuk melihat sebutharga yang ditawarkan sila klik disini. Hanya pembekal yang eP enabled
dan mempunyai kod bidang 210101,210102,210103,210105,210106
sahaja yang dapat mengambil bahagian di dalam pelawaan sebutharga/tender
tersebut.
Tarikh tutup sebutharga
ini adalah 6 Mei 2004. Para pembekal yang ingin mengikuti Kursus
Sebutharga & Tender ePerolehan diharap dapat menghubungi pihak kami di
talian 03 8312 2727 dengan segera.
|