Friday, 17 April 2009
Search
Home Glossary Search Contact Us Site Map eP Activity
English
Bahasa Melayu
 




For Government Agency Users
» YEP Procedure
» Supplier Registration Information Enquiry
» Related Information
» Notice of Circular

 Links
» Ministry of Finance
» Commerce Dot Com
» eCat
» MAMPU
» Tender2U
» ePerolehan Unit
» eKL
» myGovernment

Disclaimer: The Government of Malaysia and The Ministry Of Finance shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recomended by the Ministry of Finance.
   


 
Common Problem & Resolution

GOVERMENT COMMON PROBLEM & RESOLUTION


  1. DOKUMEN TIDAK DIPAPARKAN DI SKRIN BULETIN TINDAKAN PENGGUNA

    Produk : GOF (Generic Order Fulfillment)
    Kategori Ralat : Ralat Data

    Punca : Data tidak dimuat naik ke sistem
    Resolusi : Dokumen akan dimuat naik ke skrin Buletin Tindakan Pengguna berkenaan
    Jangkaan Resolusi : 3 Hari Bekerja

    Kebarangkalian Lain Punca Permasalahan :-

    1. LO terbatal secara automatik : LO tersebut tidak akan dipaparkan di Buletin Tindakan Pengguna.
    2. Kesilapan Pengguna : Pengguna tidak tahu status sebenar permintaan.
    3. Profil Pengguna : Pengguna mempunyai 2 profil di PMS (Profile Management System); menyebabkan permintaan disenaraikan di profil yang mempunyai nombor kad pengenalan yang salah.


  1. PENGGILIRAN KELULUSAN PERMINTAAN/NOTA PELAKSANAAN PERKHIDMATAN GAGAL DENGAN ALASAN : RALAT SPB 1007 KOMITMEN BUKU VOT TIDAK DIKEMBALIKAN

    Produk : SPB (eSPKB)
    Kategori Ralat : Pemberitahuan

    Punca : Sistem eP tidak menerima maklumbalas dari eSPKB dalam tempoh 2 minit semasa
    proses Komitmen Buku VOT(Penggiliran Kelulusan).
    Resolusi : Pelulus perlu meluluskan semula permintaan.


  1. PESANAN PEMBELIAN TERBATAL SECARA AUTOMATIK

    Produk : GOF (Generic Order Fulfillment)
    Kategori Ralat : Pemberitahuan

    Punca :

    1. Sistem eP menjana nombor LO secara automatik semasa proses penggiliran kelulusan permintaan tetapi LO tersebut akan terbatal secara automatik jika eP tidak menerima maklumbalas dari eSPKB dalam masa 2 minit (SPB 1007).Resolusi : Pelulus perlu meluluskan semula permintaan. Sistem akan menjana nombor LO yang baru apabila Pelulus meluluskan semula permintaan tersebut.
    2. Pelulus menolak permintaan yang penggiliran kelulusan telah gagal sebelumnya, mengakibatkan LO yang dijana secara automatik terbatal. Resolusi : Pengguna perlu mencipta semula permintaan dari awal.


  1. PENGGILIRAN KELULUSAN PERMINTAAN/NOTA PELAKSANAAN PERKHIDMATAN GAGAL DENGAN ALASAN : RALAT DI eSPKB. PERUNTUKAN TIDAK MENCUKUPI

    Produk : SPB (eSPKB)
    Kategori Ralat : Pemberitahuan

    Punca : Peruntukan dikesan oleh sistem eSPKB tidak mencukupi bagi item di dalam permintaan.
    Resolusi : Pengguna perlu menghubungi eGAG Helpdesk di talian 03-8882 1455 atau e-mel helpdeskegag@anm.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai bajet jabatan kerajaan.

    Kebarangkalian Lain Punca Permasalahan :-

    1. Kesilapan Pengguna : Pengguna menggunakan Kod Aktiviti yang salah bagi item semasa proses penciptaan permintaan.


  1. PENGGILIRAN PADANAN BAYARAN GAGAL DENGAN ALASAN : PESANAN KERAJAAN TELAH DIBATALKAN ATAU TIDAK DIJUMPAI

    Produk : SPB (eSPKB)
    Kategori Ralat : Lain-lain

    Punca :

    1. Pesanan Tempatan (PT) telah ditolak/dibatalkan di sistem eSPKB. LO tidak dibatalkan di eP kerana status masih Menunggu Padanan Pembayaran/Penggiliran Padanan Pembayaran Gagal.
      Resolusi : Pengguna perlu memasukkan semula data di PT di sistem eSPKB dan kemudian memadankan semula LO di sistem eP. Jika masalah masih berlaku, pengguna perlu menghubungi eGAG Helpdesk di talian 03-8882 1455 atau e-mel helpdeskegag@anm.gov.my untuk penyelesaian selanjutnya.
    2. ) Pelulus telah membatalkan penggiliran kelulusan permintaan dan meneruskan dengan semakan peruntukan secara manual sehingga ke peringkat padanan pembayaran. Resolusi : Pengguna perlu memasukkan semula data di PT di sistem eSPKB dan kemudian memadankan semula LO di sistem eP.


  1. RALAT PENANDAAN TIDAK SAH

    Produk : CRD (Smart Card)
    Kategori Ralat : Pemberitahuan

    Punca : Kad pintar tidak aktif kerana kad pintar yang digunakan telah tamat tarikh luput.
    Resolusi : Pengguna perlu membuat permohonan kad pintar baru dengan mengisi Borang
    Permohonan Kad Pintar dan sertakan satu salinan kad pengenalan pemohon kepada :-

    Government Integrated Network Telecommunication (GITN) Sdn. Bhd.
    Tingkat 30 & 31 Menara Telekom
    Jalan Pantai Baru
    50672 Kuala Lumpur
    (Unit Pendaftaran Kad Pintar)
    Tel: 03-2240 0708