Saturday, 01 May 2004 | ||||||||
|
|
|||||||
|
Press Room
e-Perolehan: Pembekal kerajaan wajib daftarBerita Harian, Ekonomi - 10 Mei 2002Pembekal kerajaan sama ada kecil atau besar perlu mendaftar dengan sistem e-Perolehan kerajaan atau menghadapi risiko terlepas peluangan peniagaan. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Operasi), Datuk Abdul Majid Hussein, berkata kerajaan sudah menegaskan mereka yang belum mendaftar dengan e-Pereolehan tidak akan dapat berurus niaga dengan kerajaan. "Dalam era digital, semua pihak perlu menerima pakai teknologi baru atau menghadapi risiko ditinggalkan dalam dunia yang pantas berkembang." "Semua yang terbabit dengan e-Perolehan perlu mengetepikan sebarang keraguan dan menerima sistem baru ini," katanya dalam taklimat sistem e-Perolehan di Petaling Jaya, semalam. Sistem e-Perolehan adalah pusat perdagangan dalam talian rasmi dan terjamin untuk pembekal dan agensi kerajaan. Ia adalah antara Aplikasi Utama e-Kerajaan." Sistem perolehan elektronik itu menghubungkan masyarakat pembeli dan penjual dalam satu persekitaran dipercayai untuk menjalankan perniagaan secara sulit dan persendirian. e-Perolehan boleh digunakan untuk semua jenis perolehan kerajaan iaitu Kontrak Pusat, Pembelian Terus, Sebut Harga dan Permohonan Tender.
|
|
© 2000-2003 Commerce Dot Com Sdn Bhd.
All rights reserved. Terms of Service
|