Friday, 09 April 2004
Search
Home Glossary Search Contact Us Site Map
 
For Government Agency Users
» Supplier Registration Information Enquiry
» Related Information

 Links
» Ministry of Finance
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Press Room
Pembekal diarah kuasai ePerolehan

Pembekal diarah kuasai ePerolehan

Utusan Malaysia, Korporat - 21 Januari 2003

KUALA LUMPUR, 20 Jan. - Pembekal-pembekal kerajaan telah diberi arahan oleh Kementerian Kewangan untuk menguasai ePerolehan agar mereka tidak berdepan dengan risiko kehilangan peluang perniagaan berkaitan kerajaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Commerce Dot Com Sdn. Bhd., syarikat yang bertanggungjawab bersama dengan Kementerian Kewangan bagi membangun dan melaksanakan sistem e-pemerolehan negara, ePerolehan, berkata arahan itu adalah susulan daripada pengumuman awal kementerian yang meminta semua agensi kerajaan dan pusat pemerolehan hanya membuat pembelian menerusi pembekal yang berdaftar dengan kementerian menerusi ePerolehan.

Mengulas mengenai arahan itu, Ketua Eksekutif Commerce Dot. Com., Datuk Mohd. Salleh Masduki berkata ketika kebanyakan pembekal masih belum dapat membiasakan diri dengan teknologi komunikasi maklumat, langkah-langkah perlu diambil untuk mengekal dan meningkatkan kelebihan persaingan mereka dalam pasaran tempatan dan antarabangsa yang semakin berkembang pesat.

``ePerolehan menyediakan landasan bagi komuniti perniagaan kita mempelajari bagaimana menjalankan perniagaan secara online - pada peringkat awalnya dengan kerajaan dan di masa depan dengan pelanggan global.

``Menjalankan perniagaan secara online dan meningkatkan lagi kehadiran dalam Internet, perniagaan kecil dan besar mempunyai peluang yang sama rata untuk mendapatkan kelebihan bersaingan,'' katanya.

Beliau berkata pembekal kerajaan yang menjalankan perniagaan menerusi ePerolehan telahpun meraih keuntungan menjalankan perniagaan menerusi Internet.

Ketika ini, tiga modul iaitu Supplier Registration, Central Contract and Direct Purchase telahpun beroperasi di bawah saluran jualan elektronik baru dan pada akhir suku ketiga 2003, pembekal-pembekal boleh menyerahkan sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menyerahkan bidaan tender secara online apabila modul pemerolehan sebutharga dan tender berada dalam talian, kata Commerce Dot Com.

Syarikat itu berkata kementerian telah mengeluarkan arahan pada Disember tahun lalu kepada kira-kira 35,000 pembekal kerajaan di seluruh negara untuk menguasai ePerolehan.

Untuk bermula dengan ePerolehan, pembekal berdaftar kerajaan perlu melabur hanya RM370 bagi minimum dua kad pintar ePerolehan yang disertakan dengan sijil digital dan pembaca kad pintar ePerolehan.

Bagi maklumat lanjut, pembekal-pembekal boleh menghubungi pusat ePerolehan di talian: 03-8312 2525 atau e-mail kepada: bantuan@eperolehan.com.my. - Bernama

 
 Archives

PrintPrinter-Friendly Page