Friday, 09 April 2004
Search
Home Glossary Search Contact Us Site Map
 
For Government Agency Users
» Supplier Registration Information Enquiry
» Related Information

 Links
» Ministry of Finance
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Press Room
DPMM harap ePerolehan ubah corak dagangan ahli

DPMM harap ePerolehan ubah corak dagangan ahli

Berita Harian - 12 Sep 2003

DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang melancarkan Pusat Perkhidmatan ePerolehan semalam, berharap kemudahan itu dapat mengubah corak perdagangan ahli perniagaan tempatan daripada kaedah tradisional kepada perdagangan secara elektronik.

ePerolehan adalah projek kerajaan elektronik yang membolehkan pembekal menjual barangan dan perkhidmatan kepada kerajaan melalui internet.

Presiden DPMM, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin, berkata sistem perdagangan elektronik yang dilaksanakan menerusi usaha sama agensi yang dilantik kerajaan, commerce dotcom Sdn Bhd (commercedotcom) itu, menyediakan peluang kepada ahli perniagaan membeli, membekal, menjual dan menyediakan perkhidmatan secara lebih mudah dalam persekitaran yang selamat.

"Pengenalan kaedah perniagaan baru ini sesuai dengan arah aliran semasa yang menghendaki ahli perniagaan mengubah cara perdagangan mereka daripada kaedah tradisi kepada perdagangan secara elektronik," katanya pada majlis pelancaran Pusat Perkhidmatan ePerolehan DPMM di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengarah commercedotcom, Datuk Azizan Ayob.

Abdul Rahman berkata, antara manfaat ePerolehan, ialah ia dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses membeli dan menjual.

Beliau berkata, ia juga melancarkan proses jual beli dan mengurangkan penggunaan tenaga kerja, sekali gus mengurangkan kos pengendalian pengurusan pentadbiran.

"Langkah ini juga dapat meningkatkan peluang pendapatan melalui pasaran yang lebih luas menerusi internet. Ia juga dapat mempercepatkan pusingan masa perolehan yang membolehkan pembayaran lebih cepat," katanya.

Pusat perkhidmatan itu, kata Abdul Rahman, akan dikembangkan ke seluruh negara terutama bagi cawangan peringkat negeri serta daerah bagi membolehkan semua pihak menikmatinya dalam usaha memperkukuhkan operasi.

Sementara itu, Azizan berkata, pelantikan DPMM sebagai pusat perkhidmatan ePerolehan adalah yang ke-13 di Kuala Lumpur dan ke-69 di seluruh negara.

Beliau berkata, sistem itu satu daripada tujuh aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC), iaitu pembangunan kerajaan elektronik antaranya, e-Perniagaan dan pembangunan usahawan teknologi.

"Sistem ini berpotensi mempertingkatkan pulangan dan faedah bagi kedua-dua pihak yang terbabit. Oleh itu, penggunaan sistem ePerolehan secara sistematik memperkukuhkan usaha memasar dan membekalkan produk masing-masing," katanya.

Azizan berkata, sehingga Julai lalu, 25 kementerian dan jabatan dibenarkan menggunakan sistem ePerolehan sepenuhnya dengan 586 Pusat Tanggungjawab Kerajaan (PTJ).

Kemudahan itu katanya, dapat mendaftarkan sejumlah 42,000 pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

"Modul yang disediakan menerusi ePerolehan antaranya, pendaftaran pembekal, kontrak pusat, pembelian terus, sebut harga dan tender baru kerajaan," katanya.

 
 Archives

PrintPrinter-Friendly Page