Friday, 09 April 2004
Search
Home Glossary Search Contact Us Site Map
 
For Government Agency Users
» Supplier Registration Information Enquiry
» Related Information

 Links
» Ministry of Finance
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Press Room
Hari Pelanggan Eperolehan Diadakan 27 Oktober Di Putrajaya

Hari Pelanggan Eperolehan Diadakan 27 Oktober Di Putrajaya

Bernama, Ekonomi - 27 Oktober 2003

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan dan Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) akan mengadakan Hari Pelanggan ePerolehan pada 27 Okt. ini di kementerian itu di Putrajaya.

Menurut pengarah eksekutif CDC, Datuk Azizan Ayub, antara aktiviti yang dirancang pada hari itu ialah perhimpunan 200 pembekal kerajaan untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membangunkan ePerolehan.

ePerolehan merupakan platform bagi membolehkan pembekal dan agensi kerajaan mnyertai perdagangan secara elektronik manakala CDC ialah syarikat yang bertanggungjawab melaksanakan sistem itu.

Pelbagai program lain juga telah diatur pada hari tersebut untuk menjawab kemusykilan pelanggan mengenai ePerolehan, katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Bermula hari itu, seminar tiga hari mengenai ePerolehan juga akan diadakan untuk para pembekal kerajaan.

Sementara itu, untuk meningkatkan kesedaran tentang ePerolehan di kalangan pembekal kerajaan di seluruh semenanjung, pameran bergerak turut dibuat bulan depan.

Pameran bergerak itu bermula di Ipoh dan Seremban pada 3 dan 4 Nov., diikuti dengan Alor Star dan Ayer Keroh pada 6 dan 7 Nov., Pulau Pinang dan Johor Baharu pada 10 dan 11 Nov., Kangar dan Kuantan pada 13 dan 14 Nov, dan Kota Baharu dan Kuala Terengganu pada 17 dan 18 Nov.

--BERNAMA

 
 Archives

PrintPrinter-Friendly Page