Kemudahan Perbankan bagi Pendaftaran ePerolehan

(Klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris)

Dalam usaha kami bagi mempertingkatkan perkhidmatan ePerolehan, cara pembayaran yang mudah iaitu "kredit terus" melalui Maybank Berhad ("Maybank") telah diperkenalkan. Untuk memastikan pembayaran anda diproses dengan cepat:

  1. Buat pembayaran di mana-mana cawangan Maybank kepada Commerce Dot Com Sdn Bhd.
  2. Isikan slip simpanan seperti contoh di bawah.
  3. Isikan nombor akaun Commerce Dot Com Sdn Bhd 562142800978 di atas slip simpanan.
  4. Semak cetakan nombor pendaftaran Kementerian Kewangan di atas slip simpanan selepas pegawai bank memproses dan mengesahkannya. Sila beritahu pekerja bank sekiranya tiada cetakan nombor pendaftaran di atas slip simpanan. Jangan lupa untuk menyimpan slip simpanan sebagai bukti bayaran.
  5. Sila ambil maklum bahawa Sijil Pendaftaran hanya dikeluarkan apabila nombor yang dicetak pada slip pengesahan adalah betul.
  6. Anda tidak dikehendaki membuat pembayaran sehingga anda menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan atau status permohonan anda bertukar kepada "Menunggu Pembayaran".
  7. Sila berhubung dengan meja bantuan kami di 03-8312 2525 untuk keterangan lanjut mengenai cara pembayaran ini.
Penting:
  1. Anda tidak dibenarkan membuat pembayaran ini secara atas talian Maybank2u.com.my.
  2. Anda tidak dibenarkan membuat pembayaran ini dengan menggunakan "Peti Cek Segera", "Kaunter Cek Ekspres", "Mesin Simpanan Tunai/Cek" atau ATM.
  3. Jangan lupa untuk menyimpan salinan slip simpanan sebagai bukti bayaran.