Bermula
21 April, 2003, selama 4 hari, modul Tender yang telah
dibangunkan sejak tahun 2001 akan menjalani ujian penggunaan
sistem yang menyeluruh bagi memastikan peringkat
kualiti dan kepercayaan penggunaan (level of quality and
reliability) modul tersebut.
Pihak
ePerolehan telahpun menjemput pengguna Kerajaan dari
Kementerian Pendidikan serta 10 orang pembekal (5 bagi produk
dan 5 untuk perkhidmatan) bagi melaksanakan ujian ini.
Pengguna-pengguna tersebut telahpun diberi latihan mengenai
fungsi-fungsi sistem Tender ePerolehan sebelum menghadiri
ujian ini.
|
|
Ujian
penggunaan Tender ini dilaksanakan menggunakan situasi sebenar
seperti penggunaan rangkaian dial-up 56k serta menggunakan
tender-tender yang telah dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan pada tahun yang lepas. Selain itu, pengguna juga
akan menguji keseluruhan fungsi-fungsi Tender yang terdapat di
dalam ePerolehan seperti:
Di
akhir ujian penggunaan Tender ini, peserta akan memberi
maklumbalas tentang keberkesanan modul Tender ePerolehan.
Tamatnya ujian penggunaan ini bermakna berakhirlah fasa
pembangunan modul Sebutharga dan Tender dan modul-modul ini
akan dilaksanakan kepada pengguna Kerajaan serta pembekal pada
5 hb. Mei, 2003.
Tunggu
pengumuman khas pihak kami pada tarikh tersebut!
|