Saturday, 15 May 2004
Search
Home Glossary Search Contact Us Site Map
 
For Government Agency Users
» Supplier Registration Information Enquiry
» Related Information

 Links
» Ministry of Finance
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Email Bulletin

Sistem Perolehan Elektronik Kerajaan Malaysia

www.eperolehan.com.my

21 April 2003

Para pengguna ePerolehan yang kami hormati,
Ujian Penggunaan Modul Tender ePerolehan Bermula Hari Ini – 21 April, 2003
Bermula 21 April, 2003, selama 4 hari, modul Tender yang telah dibangunkan sejak tahun 2001 akan menjalani ujian penggunaan sistem yang menyeluruh bagi memastikan peringkat kualiti dan kepercayaan penggunaan (level of quality and reliability) modul tersebut. 

Pihak ePerolehan telahpun menjemput pengguna Kerajaan dari Kementerian Pendidikan serta 10 orang pembekal (5 bagi produk dan 5 untuk perkhidmatan) bagi melaksanakan ujian ini. Pengguna-pengguna tersebut telahpun diberi latihan mengenai fungsi-fungsi sistem Tender ePerolehan sebelum menghadiri ujian ini.


























Ujian penggunaan Tender ini dilaksanakan menggunakan situasi sebenar seperti penggunaan rangkaian dial-up 56k serta menggunakan  tender-tender yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun yang lepas. Selain itu, pengguna juga akan menguji keseluruhan fungsi-fungsi Tender yang terdapat di dalam ePerolehan seperti:
  • Pembentukan Jawatankuasa

  • Penyediaan Kriteria

  • Penyediaan dan Penilaian Cadangan

  • Pemilihan Pembekal

  • Penyediaan Kontrak dan 

  • Pembekalan Pesanan

Di akhir ujian penggunaan Tender ini, peserta akan memberi maklumbalas tentang keberkesanan modul Tender ePerolehan. Tamatnya ujian penggunaan ini bermakna berakhirlah fasa pembangunan modul Sebutharga dan Tender dan modul-modul ini akan dilaksanakan kepada pengguna Kerajaan serta pembekal pada 5 hb. Mei, 2003. 

Tunggu pengumuman khas pihak kami pada tarikh tersebut!

© 2003 Commerce Dot Com Sdn Bhd, hak cipta terpelihara.

 
 Arkib